Dasar Privasi

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan untuk mengawal selia pemprosesan data dalam transaksi komersial. Akta ini, yang merangkumi semua syarikat-syarikat dan firma-firma yang ditubuhkan di Malaysia, mewajibkan kami memaklumkan anda berkenaan hak-hak anda berkaitan data peribadi anda yang sedang diproses atau yang akan dikumpulkan dan yang akan diproses oleh pihak kami serta maksud-maksud bagi pemprosesan data tersebut. Akta ini juga mewajibkan kami mendapatkan persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi anda.

Justeru itu, anda dimaklumkan bahawa data peribadi dan maklumat selainnya (secara keseluruhan, “Data Peribadi”) yang diberikan di dalam permohonan anda untuk mendaftar bagi penggunaan laman web Manis FM di bawah syarikat Husa Network Sdn. Bhd bagi maksud-maksud berikut:

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa pengguna melayari laman web Manis FM kecuali maklumat yang dikemukakan oleh pengguna melalui peraduan yang memerlukan anda mengisi maklumat peribadi.
Kami mengumpul maklumat tentang Pengguna semasa proses pendaftaran bagi bahagian-bahagian tertentu di laman kami; menerusi penyertaan aktiviti tertentu, termasuk peraduan, dan tinjauan pendapat; dan melalui penggunaan ‘cookies’.

Maklumat yang diberikan oleh Pengguna melalui proses pendaftaran, borang penyertaan peraduan, tinjauan pendapat ataupun saluran sah yang lain digunakan untuk mempertingkatkan kandungan laman kami, atau bagi tujuan pemasaran . Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan perdagangan kecuali dinyatakan secara khusus.

Maklum Balas
Kami amat mengalu-alukan maklum balas/pertanyaan anda.
Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam Laman Web Manis FM ini, anda boleh ajukan kepada kami.

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Pertanyaan atau Aduan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau Portal ini, anda boleh menghubungi kami melalui saluran bertulis:

Husa Network Sdn. Bhd [No. Syarikat: 464366]
No 18, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu,
Terengganu,
Malaysia
atau emel sahaja kepada: admin@manis.fm