1,804 Mangsa Banjir Di Rompin Masih Ditempatkan di 12 PPS

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN: Sebanyak 12 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Rompin yang menempatkan 1,804 mangsa banjir daripada 527 keluarga setakat jam 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang memaklumkan, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 13 PPS yang menempatkan 2,047 mangsa daripada 604 keluarga, petang semalam.

Keadaan cuaca yang cerah dan baik turut membantu banjir semakin pulih di beberapa kawasan di Rompin sejak kelmarin.

Sementara itu, berdasarkan maklumat dalam laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula, Sungai Keratong di Jambatan Bahau, Keratong, Rompin masih merekodkan bacaan paras air melepasi tahap bahaya, 4.14 petang ini.

Berdasarkan rekod, paras air Sungai Keratong mencatat bacaan 23.07 meter (m) iaitu melepasi 23m yang ditetapkan.

Paras air Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera, Bera pula melepasi tahap waspada iaitu 24.17m berbanding 24m.

Sumber: BERITA HARIAN