6,000 Murid Di Seluruh Negara Dijangkiti Influenza – KPM

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan 6,000 murid di seluruh negara dijangkiti wabak influenza setakat ini. 

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, beberapa sekolah telah diarahkan tutup sementara atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) antaranya sebuah sekolah di Johor. 

“Setakat hujung minggu lalu, lebih kurang 6,000 murid dilaporkan dijangkiti influenza. Namun ia tidak berlaku di satu kawasan sahaja, sebaliknya melibatkan sekolah-sekolah berbeza di beberapa negeri,” katanya pada sidang media di sini pada Isnin. 

Sumber : SINAR HARIAN