75 Peratus Kawasan Hakisan Di Tasik Chini Berjaya Dipulihkan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : Sebanyak 75 peratus kawasan yang mengalami hakisan dan mendapan tanah di Tasik Chini telah berjaya dipulihkan.

Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, YH Dato’ Dr. Mohd Hizamri berkata, ini melibatkan kawasan seluas 1.75 kilometer.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail mengadakan lawatan ke Tasik Chini dan turut dihadiri Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini, YB. Encik Mohd Sharim Haji Md. Zain. – Foto ihsan dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

“Dengan peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Pahang melalui wang pemulihan bersama sebanyak RM2.5 juta, 75 peratus kawasan di Tasik Chini telah berjaya dipulihkan setakat ini.

“Pemulihan kawalan hakisan dan mendapan tanah dalam zon penampan di Tasik Chini seluas 1.75 kilometer ini melibatkan fasa pertama,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP).

Semalam, YAB Menteri Besar Pahang YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail mengadakan lawatan ke Tasik Chini dan turut dihadiri Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini, YB. Encik Mohd Sharim Haji Md. Zain.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 45 peratus kawasan di Tasik Chini telah ditanam dengan spesis tanaman tutup bumi bagi penghijauan semula kawasan terjejas sejak Jun lalu.

“Bagi kawasan penghijauan ini, Kerajaan Pahang melalui Kumpulan Wang Pembangunan Hutan telah memperuntukkan sebanyak RM3.95 juta.

“Sebanyak 45 peratus daripada 200 hektar kawasan yang terjejas ini telah berjaya dipulihkan setakat ini,” katanya.

Sumber: PAHANGMEDIA