Takdir Sudah Tertulis

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Pada waktu petang, kelihatan Aina sedang duduk di sebuah kerusi batu di belakang rumahnya sambil termenung mengingati kembali kisah yang telah terjadi dalam hidupnya sebelum menjadi isteri yang sah kepada Amar. Pelbagai ujian yang telah dihadapi oleh Aina sebelum menjadi isteri kepada Amar. Terjadi satu peristiwa yang telah membuatkan Aina berputus asa dalam mengejar cinta Amar dan berfikir bahawa Amar bukan jodohnya.

Sedang asyik termenung di siang hari, tiba-tiba Aina merasakan ada sesuatu yang datang dari belakang sehingga membuatkan dirinya terperanjat kemudian melatah, “opocot, mak kau jatuh”. Jantung Aina hampir tercabut dibuatnya.

Rupa-rupanya suaminya yang membuatkan dia terkejut. Melihat gelagat Aina apabila melatah itu telah membuatkan Amar ketawa terbahak-bahak dan berkata, “apalah sayang ni, abang buat macam tu pun boleh terkejut, melatah pula tu.”

“Mesti la saya terkejut. Awak tu yang datang tiba-tiba dari belakang, saya ingatkan siapa tadi.” Muka Aina kelihatan marah sambil memuncungkan mulutnya.

“Alalala sayang janganlah marah abang gurau je tadi.” Kata Amar kepada Aina sambil memegang dagu Aina.

“Nak gurau pun, gurau la yang elok-elok. Kalau saya terkena heart attack tiba-tiba macam mana?” Kata Aina..“Sampai ke situ pula sayang ni, sorry ler.” Amar memohon maaf.

Aina berkata, “Yelah-yelah saya maafkan, lain kali jangan buat lagi.”

“Baik isteriku.” Amar berjanji tidak akan buat Aina terkejut macam tadi.

Amar bertanya kepada Aina, “Sayang, apa yang awak tengah fikirkan tadi, sampaikan awak tak perasaan saya kat belakang?”

Aina terdiam sekejap sebelum berkata, “Saya teringatkan tentang kita yang dulu.”  Tiba-tiba air matanya mengalir jatuh ke pipi.

“Dah la sayang, tak payah ingatlah kisah lama kita tu.” Beritahu Amar kepada Aina dengan nada yang lembut.

“Saya cuba tak nak ingat kisah tu, tapi ia tetap menghantui diri saya.” Aina berkata dengan nada sedih. “Saya takut.”

“Awak takut apa? Takut saya mainkan perasaan awak lagi? Takut kehilangan saya?” Tanya Amar kepada isterinya.

Aina menganggukkan kepalanya dan kemudian air mata Aina semakin laju mengalir ke pipi.

Amar memegang bahu Aina kemudian mengalihkan badan Aina untuk mengadapnya. Amar menyapu air mata Aina kemudian berkata, “Saya janji, kali ini saya betul-betul serius dengan awak, saya takkan sia-siakan peluang yang saya dapat sekarang ni. Abang betul-betul menyesal dengan apa yang telah abang buat pada sayang sebelum ni. Sekarang ni hanya awak je yang ada dalam hati abang.”

Amar cuba memujuk hati Aina untuk tidak bersedih lagi mengingati kisah lalu. Aina mengukirkan senyuman lalu menyapu air matanya.

Aina mengingati kisah ketika mereka berdua mula-mula berkenalan. Sepanjang perkenalan mereka berdua, terdapat pelbagai halangan yang harus dilewati oleh Aina.

Cerita ini bermula apabila hadirnya seorang lelaki yang bernama Amar dalam hidup Aina. Perkenalan Aina dan Amar dalam media sosial Facebook telah membuatkan Aina terjatuh hati terhadap Amar tanpa diduga.

Aina tidak tahu bagaimana dan macam mana dia boleh terjatuh hati pada Amar, walhal mereka hanya kenal dalam media sosial bukan di dunia yang nyata. Kata orang “Aku mengenalimu secara online dan tidak sengaja mencintaimu secara nyata.” Sebelumnya, perkenalan antara Aina dan lelaki lain tidak pernah serius dan hanya sekadar kawan biasa, namun dengan Amar, Aina telah terpikat dan membuka hatinya untuk berkenalan dengan lebih dekat dan serius walaupun baru saja kenal.

Setelah mengenali Amar, Aina memberi peluang untuk Amar berkenalan dengannya. Aina merasakan ada sesuatu yang special yang ada pada diri Amar sehingga membuatkan dia berani mengungkapkan perasaannya terhadap Amar. Suatu hari Aina bertekad untuk menjadi seperti Siti Khadijah yang menyatakan cintanya kepada Nabi Muhammad saw.

Namun, cinta Aina terus kepada Amar tanpa pertolongan orang tengah. Inilah perbezaan Siti Khadijah dan Aina apabila ingin menyatakan cinta kepada orang yang mereka suka. Aina memberanikan dirinya untuk meluahkan perasaan tersebut walaupun dia tahu apabila diluahkan itu, belum tentu cintanya akan diterima oleh lelaki itu. Aina bersiap sedia dengan apa jua yang akan dikatakan oleh Amar itu.

Mesej yang dikirimkan oleh Aina kepada Amar berbunyi seperti “Kita berkawan sampai kahwin, nak tak?”.

Amar membalasnya, “awak betul ke nak berkawan dengan saya sampai kahwin? Saya ni perangai tak elok perangai buruk, saya rasa tak layak.”

“Kita belum cuba lagi kan?” Kata Aina.

“Tapi memang saya bukan orang baik-baik, saya jahat.” Kata Amar

“Setiap orang boleh je berubah. Yang dulu jahat boleh je berubah jadi baik. Tu semua atas diri orang itu sendiri sama ada nak berubah jadi baik atau jahat.” Kata Aina dengan penuh keyakinan.

“Hmm, betul.” Kata Amar.

Aina berkata, “Kita cuba je kenal-kenal dulu, kalau awak rasa serasi dengan saya, lepas tu kita kahwin.”

Insyaallah kita cuba dulu.” Kata Amar melalui mesej di Whatsapp

Disini kelihatan Aina yang terlebih dahulu menyatakan cintanya kepada Amar. Amar telah menerima tawaran Aina untuk berkawan sampai kahwin. Aina tidak pernah menganggap Amar sebagai teman lelakinya namun Aina hanya menganggap Amar sebagai kawan biasa namun melalui kawan biasa Aina ingin berkawan sampai mereka kahwin. Pelikkan dengar? Tapi itulah yang telah ditetapkan dalam fikiran Aina.

Perkenalan mereka ini telah diketahui oleh semua ahli keluarga Aina dan juga keluarga Amar, kedua-dua keluarga telah mengizinkan mereka berkenalan. Semasa  perkenalan mereka, Aina berasa selesa dan tenang dengan Amar. Walaupun kadang-kadang perangai Amar itu menjengkelkan namun Aina tetap suka pada Amar.

Kehadiran seorang lelaki dalam hidupnya ini tidak pernah membuatkan dirinya lupa akan Allah swt, tetapi menjadikan Aina lebih dekat kepada Allah SWT dan percaya dengan takdir Allah SWT kepadanya. Aina yakin bahawa pertemuan antara dia dan Amar telah ditentukan olehNya. Aina bersedia dengan hati yang terbuka untuk melalui apa jua rintangan di masa hadapan nanti.

Aina percaya bahawa Allah SWT menghadirkan seseorang dalam hidupnya adalah untuk dijadikan kekuatan, pengajaran dan iktibar. Walaupun Aina tahu bahawa kehadiran seseorang dalam hidupnya itu bukan semua yang akan stay buat selama-lamanya namun kadang seseorang itu hadir membawa luka dan pergi tanpa berita. Perkara ini biasa dalam kehidupan seseorang yang bergelar sebagai manusia.

Aina merasakan dengan kehadiran Amar dalam hidupnya, dia semakin yakin dan percaya bahawa Allah menghadirkan Amar dalam hidupnya adalah untuk mengujinya sama ada Aina akan lalai daripadanya mengingati-Nya. Aina benar-benar ikhlas mencintai dan menyayangi Amar kerana Allah swt. Aina telah memasang niat dalam hatinya bahawa dia ingin menjadikan Amar sebagai suami yang sah baginya.  Aina betul-betul serius terhadap Amar.

Dalam masa sebulan perkenalan Aina dan Amar itu sebenarnya Amar tidak betul-betul serius dalam perkenalan mereka itu, Aina tidak mengetahui bahawa dalam masa perkenalan mereka itu, Amar masih mempunyai teman wanita dan Amar telah memberitahu teman wanitanya itu bahawa Aina yang cuba memikatnya dan dia sedikitpun tidak berminat pada Amar. Di mata perempuan itu, Amar merupakan seorang perempuan yang tidak malu dan terhegeh-hegeh pada teman lelakinya. Ketika itu Aina tidak mengetahui apa-apa tentang hubungan Amar dan teman wanitanya itu.

Namun selepas itu, Amar menyedari bahawa Aina betul-betul serius terhadapnya dan dia buat keputusan untuk betul-betul serius mengenali Aina lebih dekat. Amar memberitahu Aina bahawa dia dan perempuan yang bernama Hana itu sebenarnya sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan, Amar hanya menganggap Hana sebagai kawan biasa dan tidak lebih pada itu. Pada suatu hari, Hana muncul semula dalam hidupnya dan menginginkan Amar kembali kepadanya.

Amar telah memberitahu Hana bahawa antara dia dan Hana sudah tidak ada apa-apa hubungan yang special. Amar telah memberitahu Hana bahawa dia telah mempunyai teman wanita tetapi Hana tidak mempercayainya. Pada suatu malam Amar cuba memperkenalkan Aina kepada Hana. Pada malam itu tercetuslah perang besar antara Amar, Aina dan Hana. Perkenalan Amar dan Aina telah mengugat hati mereka berdua. mereka telah diuji dengan pelbagai dugaan yang berat sehingga menyebabkan hubungan mereka wujud pelbagai pertanyaan dan persoalan dalam diri mereka.

Malam itu, Amar cuba membuat panggilan video call antara mereka bertiga, Hana mengangkat panggilan itu namun dia sedikitpun tidak bercakap. Selepas itu Hana mematikan panggilan itu, kemudian Hana terus menerus menelefon Amar dan memaksa Amar untuk datang berjumpa dengannya pada malam itu juga. Namun, Amar tidak mahu berjumpa dengan Hana. Hana tetap berdegil dan dia cuba menghantar mesej kepada Aina dan bertanya tentang hubungan Aina dengan Amar.

Hana terus menerus menganggu Aina dan Amar melalui mesej namun tidak hiraukan oleh mereka berdua.

Ketika mereka semua berada di kampung. Hana terserempak dengan Aina disebuah kedai. Ketika itu, Hana datang menegur Aina, “Kau Aina kan?”

Aina pun menjawab, “ye saya.”

“Kau kenal aku siapa?” Tanya Hana kepada Aina

Aina pun menjawab, “Awak ni Hana kan?”

“Yes, aku la Hana, girlfriend Amar.” kata Hana

Aina pun menjawab lagi, “bukan dah jadi ex ke?”

Hana kemudian memarahi Aina dengan berkata,“Hei perempuan! kau cakap elok-elok sikit eh, Amar tu masih jadi boyfriend aku.”

“Amar cakap kat saya, awak dengan dia dah putus.” Kata Aina kepada Hana.

Hana berkata dengan nada yang kasar, “Kau dah kenapa eh? Aku dah cakapkan yang Amar tu boyfriend aku, yang kau pergi kacau dia lagi tu kenapa?”

“Apa yang awak cakap ni, awak dengan dia kan dah takde apa-apa hubungan, kan? Tak salahkan kalau saya rapat dengan Amar?” Kata Aina

“Siapa kata aku dengan dia dah putus? Aina tak pernah bagitahu aku yang dia nak putus.” Hana ketawa dan berkata lagi, “Kesian aku tengok kau ni, kau tahu tak yang kau ni dah diperbodohkan oleh Amar.”

Aina memberitahu Hana, “Tapi Amar sendiri yang cakap yang dia dah tak sayang awak. Buat apa awak nak terhegeh-hegeh lagi kat dia.”

“Kau berapa lama kenal Amar?” Tanya Hana kepada Aina

“2 bulan.” Kata Aina

Hana berkata, “Erk? Baru 2 bulan? Kau dengar sini eh, aku dah kenal Amar tu 8 tahun tahu tak?  Kalau kau nak tahu, dalam masa kau kenal dengan dia, dia masih berhubung dengan aku. Kau nak tahu apa yang Amar cakap dekat aku pasal kau.”

“Dia cakap apa?” Tanya Aina dengan lembut.

“Dia cakap, kau yang terhegeh-hegeh nak kat dia, dia taknak pun kat kau. Kau yang mula-mula cakap kat dia yang kau suka dia kan?”

Kelihatan muka Aina nampak sedih dengan kata-kata Hana itu.

“Ye, saya yang mula-mula cakap kat dia yang saya suka dia. Tak salah kan?” Aina memberitahu dengan jujur pada Hana.

Hana meninggikan suaranya dengan berkata,“Tak salah kau cakap! Yang kau cakap kau suka dia tu boyfriend aku!”

Hana memandang Aina dari atas ke bawah. Hana memandang rendah terhadap Aina, “Harap pakai tudung je labuh tapi suka rampas hak orang. Aku tengok cara kau pakai macam ni pun aku dah tahu la perangai kau macam mana. Kau pakai warak macam ni kau cuma nak tutup kejahatan kau je kan?”

Aina berasa panas dengan kata-kata Hana lalu berkata, “Awak cakap baik-baik sikit eh, jangan nak kaitkan cara pemakaian saya dengan perangai saya.  Siapa awak nak cakap macam tu?”

“Tak payah nak tunjuk baik sangat la depan aku, cara kau cakap ni pun aku dah tahu perangai kau bukan baik sangat pun.” Hana membuat jelingan kepada Aina.

“Dah la Hana, saya malas nak cari gaduh dengan awak.”

Aina pergi meninggalkan Hana yang berdiri di hadapan kedai makan itu.

Sempat Hana berkata kepada Aina, “Kau dengar sini perempuan! Aku takkan lepaskan Amar kat kau. Amar hanya boleh jadi milik aku.”

Kehadiran Hana telah membongkarkan rahsia antara dia dan Amar. Hana telah membongkar perangai sebenar Amar kepada Aina. Ketika itu, Hana memberitahu Aina, jika Amar ingin putus dengannya, Amar perlu datang berjumpa dengannya dan memberitahu secara bersemuka yang bahawa Amar dah tak sayang terhadapnya.

Hana mendesak dan terus mendesak Amar untuk datang bertemu dengannya. Sebelum Aina tahu perangai buruk Amar sebelum ni daripada Hana, Aina terlebih dahulu meminta Amar menceritakan hal yang sebenar yang telah terjadi antara Amar dan Hana. Amar telah memberitahu Aina bahawa dia dan Hana pernah kena tangkap basah oleh pihak pejabat agama islam sebab berdua-duaan dalam kereta.

Ketika itu, Amar berasa sungguh malu terhadap Aina dan merasakan dirinya jahat dan tak layak untuk Aina. Namun, Aina tidak pernah sedikit pun benci pada Amar. Aina boleh menerima keburukan yang telah Amar lakukan di masa lalunya.

Amar buat keputusan untuk mengundurkan dirinya daripada untuk mengenali Aina lebih dekat. Amar tidak mahu menganggu Aina selepas itu, dia telah menyekat Whatsapp, dan facebook Aina supaya Aina tidak boleh mencarinya. Namun, Aina tidak berputus asa untuk mencari Amar dan akhirnya Aina dapat berhubung semula dengan Amar melalui chat Instagram.

Aina memberitahu Amar bahawa dia sangat mencintai Amar dan ikhlas sayangkan Amar apa adanya. Aina tak kisah dengan kesalahan atau kesilapan yang pernah Amar buat di masa lalunya itu. Aina boleh menerima kekurangan Amar. Amar ketika itu seolah-olah macam tak percaya bahawa ada seorang wanita yang boleh menerimanya setelah mengetahui keburukannya. Amar dan Aina kembali berkawan seperti sebelumnya.

Pada suatu hari, Hana telah menelefon Aina dan memberitahu Aina bahawa Amar hanya akan jadi miliknya dan tidak akan ada seorang pun boleh memiliki Amar termasuk Aina. Hanya dia yang layak untuk Amar dan Amar adalah miliknya. Hana mengatakan kepada Amar bahawa Aina bukanlah perempuan yang baik-baik, baginya melalui percakapan Aina dengan dia, dia sudah tahu bahawa Aina sebenarnya mempunyai perangai yang jahat.

Kehadiran Hana telah membuatkan Aina dan Amar terpaksa merahsiakan hubungan mereka daripada Hana demi keselamatan Amar, Aina dan juga maruah keluarga. Kehadiran wanita yang bernama Hana itu telah membuatkan diri Aina dilabelkan sebagai perampas kekasih orang. Namun, Aina tidak peduli dilabelkan seperti itu kerana dia betul-betul ikhlas mencintai Amar kerana Allah swt dan Aina juga telah memasang niat untuk mempersuamikan Amar sebagai kekasih yang halal untukya. Aina yakin bahawa Amar ialah jodohnya. Bagi Aina cintanya terhadap Amar tidak bertepuk sebelah tangan.

Selepas pada itu, mereka terpaksa berpura-pura gaduh di depan Hana dan Aina berpura-pura minta putus daripada Amar dan Aina berkata yang dia menyesal kenal Amar dan sayang kat Amar. Hana  tersenyum mendengar pergaduhan Aina dan Amar. Amar terpaksa berpura-pura baik dengan Hana atas keselamatan mereka. Ini kerana Hana seorang yang psiko dan sanggup lakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya sendiri.

Hana datang semula dalam hidup Amar adalah untuk memiliki dan merampas Amar daripada hidup Aina. Hana sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan Amar dan tak ingin Aina memiliki Amar. Bagi Hana, Amar ialah miliknya untuk selama-lamanya. Hana akan pastikan, tidak akan ada seorang pun perempuan yang boleh mengambil Amar daripadanya terutama sekali Aina.

Namun, hubungan yang disembunyikan ini sedikit sebanyak telah membuatkan hati Aina ragu-ragu sama ada hubungan Aina dan Amar akan kekal sehingga ke jinjang pelami atau sebaliknya. Disebabkan oleh Aina masih belajar ketika itu, Aina terikat dengan belajarnya pada ketika itu, dan terpaksa memberi masa kepada Amar untuk datang melamarnya. Namun, Aina tidak pernah berhenti berharap dan berdoa pada Ilahi supaya dia dan Amar berjodoh dan akan disatukan pada waktu yang tepat nanti. Setelah setahun berlalu, Aina dan Hana diminta datang ke rumah ibu dan ayah Amar untuk mengetahui keputusan Amar sama ada  memilih Aina atau Hana untuk dijadikan isteri.

Setelah tiba di rumah Amar, Aina dijemput naik ke rumah. Aina yang melihat Hana duduk disebelah Amar telah membuatkan hati Aina berasa sakit dan rasa nak menangis, namun dia menahan rasa itu daripada dilihat oleh Amar dan keluarga Amar yang lain. Aina hanya menundukkan kepalanya ke bawah dan diam.

Amar memandang Hana kemudian memandang ke arah Aina lalu menyebut nama Aina.

Aina mengangkatkan wajahnya untuk menatap wajah Amar.

Amar berkata, “Amar, saya minta maaf kerana telah menipu awak sepanjang perkenalan kita.”

“Tipu? Apa yang awak tipu?” Tanya Aina kepada Amar.

Amar berkata, “Saya telah tipu awak tentang perasaan saya terhadap awak. Selama kita berkenalan saya tak pernah simpan perasaan sayang atau suka terhadap awak.”

Aina yang mendengar hanya boleh tersenyum dan berkata, “Jadi selama ini awak hanya berpura-pura sayangkan saya?”

“Ye.” kata Amar.

“Saya tak sangka awak sanggup mainkan perasaan saya macam ni, awak buat saya berharap pada awak, awak buat saya betul-betul serius sayangkan awak. Tapi ni yang saya dapat.” Air mata Aina mula mengalir jatuh ke pipi.

Aina mengukirkan senyuman kemudian berkata, “Takpelah awak, saya redha kalau awak nak kahwin dengan Hana.” sekali lagi air mata Aina jatuh ke pipinya.

“Saya minta maaf, maaf kerana kecewakan awak.”

Aina kuatkan hatinya dan mengawal emosinya supaya tidak menangis lagi.

It’s okay.” Aina menyapukan air matanya.

Aina berkata kepada Amar, “Terima kasih kerana pernah izinkan saya untuk menyayangi awak sebelum ni, terima kasih pernah buat saya happy dan terima kasih kerana sudi kenalkan saya pada family awak, saya happy dapat kenal awak dan family awak.”

Tiba-tiba ibu Amar datang mendekati Aina lalu memeluk Aina.

“Ibu bersyukur dapat kenal kamu Aina, ibu dah anggap kamu macam anak ibu sendiri.” Kata ibu Amar kepada Aina.

“Aina pun dah anggap ibu macam ibu Aina sendiri.” kata Aina.

Kakak-kakak Aina juga memeluk Aina sambil menangis-nangis.

Aina memohon maaf kepada semua keluarga Amar. Aina meminta izin untuk balik ke rumahnya. Aina kemudian bersalam dengan ibu dan kakak-kakak Amar.

Sebelum Aina melangkah keluar dari rumah Amar, Amar memanggil Aina.  Aina kemudian berpaling ke arah Amar.

Amar berkata, “Awak nak pergi mana?”

“Saya nak balik la, saya dah tak diperlukan buat apa saya duduk lama-lama kat sini.” Ujar Aina kepada Amar.

“Siapa kata awak dah tak diperlukan?” Amar berkata kepada Aina.

Aina berkata, “Kan awak dah pilih Hana untuk jadi teman hidup awak, jadi saya kena pergi la dari sini. Saya takkan ganggu hubungan korang.”

“Ada saya sebut ke tadi saya pilih Hana, takde kan?” Kata Amar.

“Apa  ni Amar?” Tanya Hana

“Tapi awak cakap kat saya tadi kan yang awak tak pernah sayang saya. Ini dah terbuktilah yang awak tak pilih saya.” Kata Aina.

Amar berkata,“Ye saya ada cakap yang selama kita berkenalan saya tak pernah simpan perasaan sayang atau suka terhadap awak tapi saya pernah menyimpan hasrat saya untuk jadikan awak sebagai isteri saya.”

“Saya simpan sayang saya terhadap awak tu setelah kita sah jadi suami isteri, saya mahu sayang itu dipupuk dalam keadaan diredhai oleh Allah SWT.” Jelas Amar kepada Aina.

Aina menangis gembira mendengar hal ini.

“Sudi tak awak jadi isteri saya?” Tanya Amar kepada Aina
Aina tersenyum dan mengangguk sebagai tanda setuju. Kedua orang tua Amar menyetujui hubungan Aina dan Amar.
Amar berpaling kepada Hana dan berkata, “ Hana, saya minta maaf, saya memlilih Aina untuk jadi isteri saya.”
“What? No, awak tak boleh pilih perempuan ni, awak kena pilih saya. Amar tolong la, saya sayang awak.” Hana merayu kepada Amar.

“Saya minta maaf Hana, saya sayangkan Aina. Saya yakin Aina jodoh saya. Saya harap awak dapat terima kenyataan ini.” Kata Amar.

“No Amar, Saya takkan benarkan awak kahwin dengan perempuan ni. Saya akan pastikan awak akan menyesal tak kahwin dengan saya!” Hana berkata dengan suara yang kuat lalu keluar dari rumah tersebut.

Sebelum keluar dari rumah itu, Hana menundingkan jarinya ke arah Aina dan berkata, “Aku akan kembali dan rampas semula hak aku.”

Sebulan sebelum pernikahan Aina dan Amar berlangsung, Aina mendapat satu pesan mesej daripada ayah Amar yang berbunyi, “Datang ke rumah ayah petang ini, ada sesuatu yang ayah nak beritahu kamu.” Petang itu, Aina pergi ke rumah ayahnya Amar.

Aina berasa aneh kerana kebiasaannya apabila dia datang ke rumah itu, ibu dan ayah akan menunggunya di depan pintu rumah itu, namun petang itu rumah itu kelihatan sunyi sepi.

Aina memberi salam beberapa kali namun tiada siapa yang menyahut. Beberapa minit selepas itu, terdengar suara ayah menjawab salam dari dalam rumah. Pintu rumah itu dibuka kemudian ayah memperlawa Aina untuk naik ke rumah itu. Ketika itu, hanya pintu yang dibuka, tubuh badan seseorang yang membukanya itu tidak kelihatan. Aina kemudian masuk dan terkejut melihat apa yang telah terjadi dalam rumah itu.

Aina terkejut apabila melihat tangan dan mulut ibu dan ayah Amar diikat di kerusi. Aina menghampiri ibu dan ayah dan cuba untuk melepaskan ikatan tersebut. Namun tiba-tiba datang seseorang dari belakangnya mengacukan pistol di kepalanya. Kemudian orang itu berkata, “Kau jangan sesekali cuba untuk lepaskan ikatan itu.”

Aina seperti mengenali suara itu. Aina kemudian berpaling dengan perlahan-lahan ke arah orang itu. Namun, Aina tidak dapat meneka siapa disebalik topeng yang dipakai itu.

“Kau siapa?” Tanya Aina kepada orang yang memakai topeng itu.

“Hahaha, kau tak kenal aku siapa?” Seseorang disebalik topeng itu ialah Hana.

Aina berkata,“ Hana?”
“Hahaha, kau kenal aku, aku ingatkan kau dah tak kenal aku siapa.”Kata Hana dengan suara yang menunjukkan kesombongannya.
“Hana, apa yang awak dah buat ni? Kenapa awak buat macam ni kat ibu dan ayah Amar?” Tanya Aina kepada Hana.

“Kenapa aku buat macam ni? kau tanya la diaorang kenapa aku buat macam ni.”

Aina memandang ke arah ibu dan ayah Amar. Ibu dan ayah Amar menangis.

Ibu berkata, “Maafkan kami Hana, tolong la lepaskan ibu dan ayah.
“Ibu nak Hana lepaskan ibu? Kalau Hana lepaskan ibu apa yang Hana akan dapat? Hana dapat kahwin tak dengan Amar?” Tanya Hana kepada ibu Amar.
Ayah takkan kahwinkan Hana dengan perempuan iblis macam kamu, ayah sanggup mati daripada izinkan kamu kahwin dengan Amar. Ayah tetap akan kahwinkan Amar dengan Aina.” Kata Ayah Amar kepada Hana.

“Ayah, ayah jangan cakap macam tu. Ayah bagilah Amar kahwin dengan Hana.” Aina merayu kepada ayah Amar benarkan Amar kahwin dengan Hana. Aina tak mahu melihat Ayah dan ibu Amar diseksa seperti ini.

“Tak Aina, ayah nak kamu yang kahwin dengan Amar.” Ayah tetap dengan keputusannya itu.

“Ayah, saya sanggup tak kahwin dengan Amar, asalkan nyawa ayah selamat.”Kata Aina sambil menangis.

“Dah la! Tak payah nak buat drama depan aku la. Aku datang sini dengan cara macam ni sebab aku nak bunuh korang bertiga ni.”

Aina berkata, “Astaghfirullahalazim, mengucap Hana.”

“Kau tak payah nak ajar aku la perempuan.” Hana mengacukan pistol ke arah Aina.  Hana berkata, “Kalau aku bunuh korang bertiga ni sekarang, lepas ni takkan ada dah orang yang akan halang hubungan aku dengan Hana, lepas ni aku boleh hidup bahagia dengan Amar. Hahahaha.”

So, siapa dulu eh yang perlu aku bunuh?” Hana melihat ke arah ibu, Ayah dan Aina.

“Hana, please Hana jangan bunuh kami.” Aina merayu kepada Hana.

Hana mengangkat pistol dan menunjukkan ke arah ibu dan ayah Amar. “Aku rasa aku perlu bunuh ibu dan ayah dulu la, baru aku akan bunuh kau, Aina.”

“Kalau awak nak bunuh, awak bunuhlah saya, tolong lepaskan ibu dan ayah. Mereka tak salah, saya yang salah.”

“Aku takkan dengar la cakap kau Aina! Aku akan bunuh mereka dulu, merekalah punca aku tak boleh kahwin dengan Amar.” Kata Hana dengan suara tinggi.

Hana mengacukan pistol tersebut ke arah ayahnya Amar kemudian melepaskan tembakan ke arah ayah Amar. Tepat sasaran tembakan Hana itu di dada ayah Amar.

Aina menjerit memanggil ayah lalu menghampiri ayah Amar yang sudah berlumuran darah di badannya.

Satu lagi tembakan kedengaran. Hana telah menembak ibu Amar. Aina menjerit memanggil ibu.

Hana menuju ke arah Aina dengan mengangkat pistol ke arah Aina. Hana melepaskan tembakan tersebut kemudian kedengaran Aina menjerit dengan kuat sekali.

“Hana!” Aina menjerit sekuat hatinya sehingga Amar yang berada disebelahnya tersedar lalu mengejutkan Aina dari mimpi buruknya itu.

“Sayang, bangun sayang.” Aina cuba untuk membangunkan Aina dari tidurnya itu.

“Ayah, ibu maafkan Aina.” Dalam tidak sedar Aina menangis memanggil ibu dan ayah.

“Aina, bangun Aina.” Sekali lagi Amar cuba membangunkan Aina.

Tidak lama kemudian Aina tersedar dari tidurnya itu. Di sebelahnya dia melihat Amar yang berada di sisinya, Aina kemudian memeluk Amar dan memohon maaf kerana dia tidak dapat selamatkan ibu dan ayah Amar daripada dibunuh oleh Hana.

“Apa yang awak merepek ni Aina?” Tanya Amar kepada Aina

“Ibu dan ayah dah takde awak, Hana dah bunuh mereka.” Aina menangis dengan kuat sekali.

Amar memegang tangan Aina kemudian membawanya menuju ke bilik sebelah.

Amar meminta Aina membuka pintu bilik itu, “Awak buka pintu bilik ni sekarang.”

“Nak buat apa?” Tanya Aina

Amar berkata, “Bukalah.”

Aina pun membuka pintu bilik tersebut.

“Siapa yang awak nampak depan mata awak sekarang ni?” Tanya Amar

“Ibu dan ayah.” Kata Aina

Amar bertanya kepada Aina, “Sekarang awak dah sedar dari mimpi buruk awak tu?”

“Jadi yang tadi tu saya mimpi la?” tanya Aina kepada Amar sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Ye sayang. Apalah awak ni.” Amar berkata.

“Alhamdulillah Ya Allah, itu hanya mimpi.” Aina menadah tangan syukur kerana itu hanyalah mimpi. Aina berasa gembira kerana ibu dan ayah masih hidup. Kerana terlalu gembira Aina terus memeluk suaminya.

Setelah Aina dan Amar berkahwin, tiada lagi perempuan yang bernama Hana dalam kehidupan mereka. Selepas Amar membuat keputusan dengan memilih Aina sebagai teman hidupnya, Hana menghilangkan dirinya tanpa berita. Hana tidak pernah memunculkan dirinya selepas pada itu. Yang selalu wujud itu hanyalah khayalan Aina sahaja yang selalu berfikir bahawa Hana akan datang kembali dan  cuba untuk menganggu rumah tangganya bersama Amar.

Akhir sekali mereka berdua hidup bahagia tanpa berasa bimbang dan takut dengan masa lalu dan mimpi buruk tersebut. Takdir sudah tertulis bahawa mereka berjodoh walaupun terdapat pelbagai halangan dan ujian yang terpaksa mereka tempuhi. Jodoh itu merupakan rahsia Allah SWT. Sekuat apapun atau selama manapun kita mempertahankan seseorang itu untuk terus bersama kita, andai memang takdir kita bukan untuk orang itu, akhirnya kita akan berpisah juga. Jodoh itu ketentuan Allah SWT. Sehebat manapun kita merancang jika tak diizinkan pasti tak akan jadi. Percayalah pada takdir Allah SWT kerana Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jika Allah sudah menulis jodoh kita ialah dia, jauh mana pun dia pergi dia akan tetap kembali kepada kita semula.