
KOTA BHARU – Seorang lelaki ditemukan lemas di Sungai Kelantan berhampiran Istana Kota Lama di sini pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu mayat mangsa dikatakan terapung di tepi tebing sungai terbabit.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Kolonel (PA) Mohd Adzhar Mujab berkata, empat anggota Unit Marin bersama sebuah bot fiber digerakkan ke lokasi.
“Pasukan penyelamat tiba di lokasi kira-kira jam 8.05 malam dan mendapati mangsa sudah berada di tepi sungai.
“Anggota Unit Marin kemudian bertindak menaikkan mangsa ke darat sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi tersebut.
Sumber : SINAR HARIAN





