16 Terkorban Dalam Kebakaran Rumah Jagaan Warga Emas Di Indonesia

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

JAKARTA: Kebakaran di sebuah rumah jagaan warga emas di bandar Manado, Pulau Sulawesi, Indonesia mengorbankan 16 nyawa, kata seorang pegawai polis tempatan kepada agensi berita Antara, hari ini.

Seorang pegawai polis, Alamsyah P Hasibuan, berkata kebakaran di Werdha Damai Retirement Home itu berjaya dipadamkan lewat malam Ahad, namun pihak berkuasa masih menyiasat puncanya.

Rakaman daripada saluran berita Metro TV menunjukkan api marak di bangunan berkenaan sehingga menukar langit malam menjadi oren.

Penduduk juga membantu seorang warga emas keluar dari bangunan yang terbakar.

Ketua bomba Manado, Jimmy Rotinsulu, memaklumkan bahawa kebanyakan penghuni rumah jagaan itu yang terperangkap adalah adalah warga emas, manakala tiga lagi cedera akibat melecur. – REUTERS

Sumber: BERITAHARIAN