Manis FM Jalin Kerjasama Strategik Bersama Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuala Terengganu– Manis FM menjalinkan kerjasama strategik bersama Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dalam usaha menyokong kempen derma darah.

Persetujuan kerjasama ini menandakan komitmen berterusan antara Husa Network Sdn. Bhd (Manis FM) dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dalam menyokong inisiatif kesihatan awam. Melalui kolaborasi ini, Manis FM akan menyediakan sokongan media secara menyeluruh bagi mempromosikan kempen pendermaan darah yang dianjurkan oleh Unit Tabung Darah HSNZ.

Dokumen ini telah ditandatangani oleh Encik Ozarizan bin Mohd Nor (Pengurus Besar Husa Network) dan Dr. Saifur Rahman bin Muhammad (Pengarah HSNZ). Kerjasama ini merangkumi pelbagai bentuk hebahan termasuk pengumuman khidmat masyarakat, sesi interaktif di radio, serta kempen digital di platform media sosial.

Selain itu, kerjasama strategik ini juga mencerminkan peranan aktif kedua-dua pihak dalam memperkukuh jaringan antara media dan institusi kesihatan, sekali gus mendekatkan maklumat kesihatan kepada masyarakat melalui pendekatan yang lebih berkesan dan berimpak. Diharapkan kolaborasi ini bukan sahaja dapat meningkatkan kadar penyertaan penderma darah, malah menyemai nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan komuniti setempat.