Adik Allahyarham Nik Aziz, Nik Razi Meninggal Dunia

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Nik Razi Nik Mat, adik bongsu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Beliau menghembuskan nafas terakhir selepas terlantar sakit hampir empat bulan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menerusi laman Facebook rasminya berkata, tokoh ulama Kelantan itu meninggal dunia pagi ini iaitu 26 Ramadan selepas diuji sakit terlantar hampir empat bulan.

“Almarhum yang juga adinda kepada Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi sumbangan yang begitu besar khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan kepada masyarakat.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya merakamkan takziah kepada ahli keluarga Almarhum Tuan Guru. Semoga Allah SWT membalas segala jasa yang dicurahkan, mengampunkan dan merahmatinya di sisi para solehin,” katanya.

– BERITA HARIAN