Amaran Cuaca Buruk Di Lapan Negeri

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa daerah di lapan negeri sehingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, ramalan cuaca itu dijangka membabitkan Perlis, Kedah dan Perak.

Menurutnya, di Kelantan dijangka membabitkan Jeli dan Gua Musang, manakala Terengganu di Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Cuaca sama turut dijangka berlaku di Pahang iaitu membabitkan kawasan di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Manakala Johor pula di Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru selain Sabah membabitkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat,” katanya.

Jabatan itu berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam,” katanya.

Sumber: METRO