SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Amaran cuaca buruk, hujan lebat di pantai timur

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga dengan hujan lebat dijangka berterusan di kawasan pantai timur hari ini sehingga esok.

Dalam kenyataannya hari ini, MetMalaysia memaklumkan keadaan itu diramal melanda beberapa kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, manakala di Terengganu melibatkan kawasan di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Selain itu, amaran cuaca peringkat waspada (kuning) turut dikeluarkan di Kelantan; Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krau, di Terengganu; Kemaman serta di Pahang; Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Sumber – Bernama

Terkini | Popular