Tajul Ariffin

Agong, Permaisuri Berangkat Tunai Haji

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji. Turut mengiringi, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Majlis keberangkatan Seri Paduka berdua yang diadakan di …

Agong, Permaisuri Berangkat Tunai Haji Read More »

Hotel Paya Bunga Diiktiraf sebagai ‘Best City Hotel’

KUALA TERENGGANU – Hotel Paya Bunga sekali lagi mencipta nama di peringkat antarabangsa yang merupakan milik kerajaan Terengganu berjaya memenangi anugerah ‘Best City Hotel’ mengatasi 4,000 penyertaan di Waldoft Astroria Palm Jumeirah, Dubai. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, 4,000 penyertaan itu terdiri daripada 70 negara yang mengambil bahagian dalam International Travel …

Hotel Paya Bunga Diiktiraf sebagai ‘Best City Hotel’ Read More »

Pemandu Treler Tak Mengaku Salah Sebabkan Kematian Dua Beradik

KUANTAN – Pemandu treler mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Trafik, hari ini atas pertuduhan memandu tanpa cermat sehingga menyebabkan kematian dua beradik di Jalan Kuantan-Segamat, di sini pada 13 Jun lalu. Tertuduh, Muhammad Noor Azwan Abd Saman, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fatinah Abu Bakar. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh …

Pemandu Treler Tak Mengaku Salah Sebabkan Kematian Dua Beradik Read More »

Peminat United Mahu Trio England di Old Trafford

LONDON – Peminat Manchester United kelihatan teruja selepas melihat gandingan hebat Marcus Rashford, Luke Shaw dan Harry Kane. Ketiga-tiga pemain itu beraksi buat skuad England kendalian Gareth Southgate pada aksi kelayakan Euro 2024 menentang Macedonia Utara di Old Trafford, awal pagi tadi. Selepas menerima tekanan pada aksi kelayakan itu, kebuntuan gol dipecah pada minit ke-29 …

Peminat United Mahu Trio England di Old Trafford Read More »

Tarikh Pendaftaran Peperiksaan SPM 2023 Untuk Calon Persendirian Dilanjutkan

KUALA LUMPUR – Tarikh pendaftaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 bagi calon persendirian dilanjutkan hingga pukul 6 petang 30 Jun ini. Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara ini bagi memberi peluang kedua kepada hampir 30,000 calon SPM Tahun 2022 yang tidak dapat hadir untuk menduduki peperiksaan itu. “Pendaftaran peperiksaan SPM …

Tarikh Pendaftaran Peperiksaan SPM 2023 Untuk Calon Persendirian Dilanjutkan Read More »

Seramai 88,620 Individu Mengambil Pinjaman Melalui TNG GoPinjam – Berjumlah RM91.1 Juta

Touch n Go eWallet sedia memperkenalkan ciri melakukan pinjaman pantas melalui aplikasi mereka, dinamakan GoPinjam. Berkongsi data berkenaan dengannya, Kementerian Kewangan kini menyatakan seramai 88,620 individu telah mendapatkan pinjaman melalui GoPinjam sehingga penghujung Mac 2023 lepas, membawa kepada jumlah RM91.1 juta. Daripada angka tersebut, 55% merupakan mereka yang berumur dibawah 30 tahun, dan mendapatkan secara …

Seramai 88,620 Individu Mengambil Pinjaman Melalui TNG GoPinjam – Berjumlah RM91.1 Juta Read More »

Sultan Mizan Titah Jaga Akhlak Ketika PRN, Elak Politik Kebencian

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, bertitah mengingatkan parti politik supaya berkempen secara sihat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi dan menunjukkan akhlak serta teladan baik kepada rakyat. Baginda bertitah, politik kebencian seperti maki hamun dan caci maki perlu dielak supaya tidak menjejaskan perpaduan ummah yang bermazhabkan Imam Syafie serta …

Sultan Mizan Titah Jaga Akhlak Ketika PRN, Elak Politik Kebencian Read More »

Sepanyol Juara Liga Negara-Negara

ROTTERDAM, Belanda – Dani Carvajal menyempurnakan penalti ala Panenka untuk memberikan Sepanyol kejuaraan Liga Negara-Negara, hasil kemenangan 5-4 menerusi penentuan penalti ke atas Croatia selepas terikat 0-0. Penjaga gol Sepanyol, Unai Simon menafikan sepakan Lovro Mayer dan Bruno Petkovic, sebelum Carvajal memastikan kemenangan untuk trofi pertama mereka sejak Euro 2012. Croatia yang dikendali Zlatko Dalic, …

Sepanyol Juara Liga Negara-Negara Read More »

DUN Selangor Dibubar Jumaat Ini

KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu, Jumaat ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengumumkan pengisytiharan pembubaran berkenaan. Istiadat itu disempurnakan di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah, sebentar tadi. Sultan Sharafuddin turut berkenan menandatangani …

DUN Selangor Dibubar Jumaat Ini Read More »

Suami Isteri Warga Emas Maut Kemalangan di LPT2

KUALA BERANG – Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 392.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Bukit Besi-Ajil, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira 9 malam tadi, mangsa, Mohd Ghani, 68, dan Minah Abdullah, 69, yang berasal dari Kampung Tok Rimau …

Suami Isteri Warga Emas Maut Kemalangan di LPT2 Read More »