Tajul Ariffin

Berat Beg Berlebihan Undang Kemudaratan

Isu beg sekolah yang terlalu berat acap kali menjadi keluhan ibu bapa dan pelajar. Bayangkan, seorang pelajar sekolah rendah yang mempunyai berat kira-kira 20 kilogram (kg) terpaksa memikul berat beg sekitar enam kg hampir setiap hari. Secara umum, purata empat buku yang perlu dibawa bagi setiap mata pelajaran. Dianggarkan dalam sehari, terdapat lima subjek, maka …

Berat Beg Berlebihan Undang Kemudaratan Read More »

Malaysia Hampiri 100 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Divaksin

KUALA LUMPUR: Kadar vaksinasi bagi populasi dewasa di Malaysia menghampiri 100 peratus apabila seramai 22,878,955 individu atau 97.7 peratus telah lengkap divaksin, setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, dalam tempoh sama sebanyak 98.9 peratus atau 23,164,441 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi populasi remaja …

Malaysia Hampiri 100 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Divaksin Read More »

Syor Kaji Semula Definisi Rasuah

KUALA LUMPUR: Seorang pakar kriminologi menyarankan definisi rasuah dikaji semula supaya konsep atau makna frasa itu difahami dengan lebih jelas dan menyeluruh, mengambil kira landskap semasa. Dr Zalmizy Hussin berpandangan, meskipun ia kedengaran remeh, langkah itu mustahak memandangkan modus operandi rasuah semakin berbeza dengan zaman sebelum ini Jelas Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan …

Syor Kaji Semula Definisi Rasuah Read More »

Kelantan Sedia Hampir 10,000 Peluang Pekerjaan

Kota Bharu: Kerajaan Negeri Kelantan menyediakan hampir 10,000 peluang pekerjaan melalui industri berasaskan keluaran hasil negeri itu sejajar dengan pemulihan ekonomi dalam Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN). Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, usaha membantu rakyat Kelantan mendapatkan pekerjaaan adalah antara salah fokus utama kerajaan negeri selain untuk membangun semula ekonomi yang terkesan …

Kelantan Sedia Hampir 10,000 Peluang Pekerjaan Read More »

Jakim Teliti Tindakan Wajar Terhadap Raja Bomoh

Jeli: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan meneliti tindakan sewajarnya dikenakan terhadap Raja Bomoh dan seorang wanita yang didakwa melakukan ritual bagi menolak musibah banjir di Teluk Intan, Perak seperti tular di laman sosial, semalam. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata tindakan individu berkenaan jelas bercanggah dengan …

Jakim Teliti Tindakan Wajar Terhadap Raja Bomoh Read More »

Kelantan Hanya Tebang Balak Ikut Kuota Ditetapkan

Kota Bharu: Penebangan balak di Kelantan dilakukan mengikut kuota yang ditetapkan melalui prosedur operasi standard (SOP) di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 sekali gus tiada keperluan untuk menghentikan aktiviti berkenaan. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, bukan semua pokok boleh ditebang sewenang-wenangnya sebaliknya mengikut had yang ditetapkan kerana tindakan tegas boleh …

Kelantan Hanya Tebang Balak Ikut Kuota Ditetapkan Read More »

Kecualian Bayaran Sewa Tiga Bulan Sewa PAKR

KUANTAN: Kerajaan Negeri menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersetuju mengecualikan bayaran sewa rumah PAKR, termasuk yang mempunyai tunggakan untuk tempoh selama tiga bulan mulai Januari sehingga Mac 2022. YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan Kerajaan Negeri ini akan melibatkan seramai 2,072 isi rumah dan kos yang akan terlibat …

Kecualian Bayaran Sewa Tiga Bulan Sewa PAKR Read More »

Banjir: Situasi Di 3 Negeri Bertambah Baik

Kuala Lumpur: Keadaan banjir di Sabah, Pahang dan Melaka bertambah baik dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan pagi ini, daerah Segamat di Johor mencatatkan peningkatan mangsa manakala Negeri Sembilan tidak berubah. Di SABAH, 55 orang daripada 15 keluarga masih berada di tiga PPS di Telupid dan Paitan pagi ini berbanding 202 orang …

Banjir: Situasi Di 3 Negeri Bertambah Baik Read More »

Penternak Rugi RM1.4 Juta Kerana Banjir Di Pahang

Kuantan: Kerugian lebih RM1.4 juta dialami 281 penternak di sembilan daerah negeri ini selepas lebih 17,403 ternakan mati dan hilang berikutan kejadian bencana banjir akhir tahun lalu. Jumlah kerugian dijangka terus bertambah apabila banyak lagi penternak di beberapa daerah yang masih lagi mengalami banjir gelombang kedua belum sempat membuat aduan. Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) …

Penternak Rugi RM1.4 Juta Kerana Banjir Di Pahang Read More »

Tiada Masalah Bersih Kediaman Bukan Islam

KUALA TERENGGANU- Tiada sebarang masalah bagi orang Islam untuk membersihkan kediaman bukan Islam yang terlibat dengan banjir, demikian ujar Menteri Hal Ehwal Agama. Idris Ahmad berkata, Islam tidak menghalang penganutnya menyampaikan apa jua bentuk bantuan dalam meringankan beban golongan ditimpa musibah bahkan ia sangat digalakkan. Namun katanya, sebagai penganut muslim adalah penting untuk mengikuti panduan …

Tiada Masalah Bersih Kediaman Bukan Islam Read More »