Tajul Ariffin

Harga Kit Ujian Kendiri COVID-19 Akan Lebih Murah-KJ

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan harga kit ujian kendiri Covid-19 yang sedia ada akan diturunkan dalam masa terdekat supaya mampu dimiliki oleh semua golongan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat. Kata beliau, pihaknya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan berbincang untuk menurunkan harga …

Harga Kit Ujian Kendiri COVID-19 Akan Lebih Murah-KJ Read More »

89.1 populasi dewasa sudah lengkap vaksinasi COVID-19

PUTRAJAYA: Sebanyak 89.1 peratus populasi dewasa di negara ini, sudah memperoleh vaksinasi lengkap setakat tengah malam tadi. Data yang dipaparkan laman sesawang COVIDNOW juga menunjukkan setakat tengah malam tadi sejumlah 45,204,479 dos sudah diberikan kepada penduduk di Malaysia. Semalam, sejumlah 86,639 dos vaksin disuntik dengan 16,870 sebagai dos pertama, manakala 69,769 dos vaksinasi lengkap. Pada …

89.1 populasi dewasa sudah lengkap vaksinasi COVID-19 Read More »

Banyak makan, minum produk mengandungi lemak tenusu boleh kurangkan risiko penyakit kardiovaskular

PENYAKIT kardiovaskular seperti serangan jantung, strok dan Arrhythmia merupakan salah satu pembunuh utama di dunia. Salah satu punca penyakit kardiovaskular adalah amalan pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang. Menurut satu penyelidikan terbaru, pengambilan makanan dan minuman yang mempunyai lemak tenusu dikaitkan dengan risiko penyakit kardiovaskular yang lebih rendah. Sepasukan saintis antarabangsa mengkaji penggunaan lemak tenusu …

Banyak makan, minum produk mengandungi lemak tenusu boleh kurangkan risiko penyakit kardiovaskular Read More »

Enam lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di Kelantan

Putrajaya: Enam daripada 11 kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, dikesan di beberapa daerah sekitar Kelantan dan kini sudah menjangkiti 49 individu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata empat daripada kluster itu membabitkan kalangan komuniti, manakala masing-masing satu kluster tempat kerja dan kumpulan berisiko tinggi. Beliau berkata, kluster komuniti dikenali sebagai …

Enam lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di Kelantan Read More »

Bergambar kenangan sahaja, bukan digari polis

Kota Bharu: Paparan yang tular di media sosial mendakwa dua beradik Orang Asli ditahan ketika mempertahankan tanah mereka daripada pencerobohan syarikat pembalakan adalah tidak benar. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, paparan dimuat naik pemilik akaun Facebook, semalam menyatakan tangan dua beradik itu digari selepas ditahan di Kampung Rumlak, Kuala Betis, Gua Musang. Katanya, …

Bergambar kenangan sahaja, bukan digari polis Read More »

Tipu bakal mentua, peniaga dipenjara tiga tahun, enam sebatan

Kota Bharu: Seorang peniaga dalam talian dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, terhadap enam pertuduhan menipu imam masjid antara 9 Ogos hingga 12 September lalu. Tertuduh, Shah Jahan Sazali, 36, mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani. …

Tipu bakal mentua, peniaga dipenjara tiga tahun, enam sebatan Read More »

92 Peserta Felcra Terlibat Banjir Terima Sumbangan

KUANTAN : Seramai 92 orang peserta Felcra yang terlibat banjir di dalam Parlimen Pekan menerima pampasan berjumlah lebih RM355,000. Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, daripada jumlah itu, seramai 29 peserta adalah dari di Dewan Negeri (DN) Bebar. “Ia membabitkan Felcra Pahang Tenggara …

92 Peserta Felcra Terlibat Banjir Terima Sumbangan Read More »

KDYMM Pemangku Raja Pahang Prihatin Nasib Mangsa Kebakaran Di Karak

BENTONG : Nasib mangsa kebakaran di Kampung Baru Cina, Karak di sini mendapat perhatian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Baginda hari ini berkenan berangkat melawat mangsa kebakaran di kampung berkenaan yang berlaku pada malam 1 Oktober lalu. Dalam …

KDYMM Pemangku Raja Pahang Prihatin Nasib Mangsa Kebakaran Di Karak Read More »

Tender tak dapat, rugi RM50,370 diperdaya rakan

Kuantan: Kontraktor binaan mendakwa kerugian RM50,370 selepas diperdaya rakan sendiri berkaitan tender pakaian tidak wujud. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, lelaki berusia 40 tahun itu mendakwa berbincang bersama rakan lelakinya pada Julai lalu mengenai projek tender kerajaan dan swasta bagi menghasilkan pakaian. Beliau berkata, mangsa yang bersetuju dengan …

Tender tak dapat, rugi RM50,370 diperdaya rakan Read More »

Rentas Negeri : 160,000 Kenderaan Sehari Dijangka Masuk Pantai Timur

KUALA LUMPUR – Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ANIH Berhad menjangkakan trafik lebuh raya itu akan mengalami pertambahan jumlah kenderaan 150,000 ke 160,000 sehari menuju Pantai Timur, apabila rentas negeri dibenarkan tidak lama lagi. Ketua Operasi dan Penyelenggaraan ANIH Berhad, Ainul Hasri Shah Abu Hassan, berkata perkara …

Rentas Negeri : 160,000 Kenderaan Sehari Dijangka Masuk Pantai Timur Read More »