Tajul Ariffin

Ops Kuda Laut rampas 149 bot nelayan asing

Pasir Puteh: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas 149 bot dengan nilai keseluruhan lebih RM224 juta di perairan negara melalui Ops Kuda Laut bermula Jun tahun lalu sehingga hari ini. Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, seramai 1,516 nelayan asing ditahan dan 90 peratus daripadanya adalah warga Vietnam. …

Ops Kuda Laut rampas 149 bot nelayan asing Read More »

Kawasan Pedalaman Tidak Dipinggir Kerajaan Negeri Untuk Nikmati Capaian Internet

JERANTUT : Kesungguhan dan komitmen kerajaan negeri bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam meningkatkan kebolehcapaian internet di kawasan luar bandar membuktikan bahawa penduduk di kawasan pedalaman tidak dipinggirkan daripada pembangunan teknologi. Ahli Dewan Negeri (ADN) Tahan, YB. Encik Mohd Zakhwan Ahmad Badrddin berkata, kawasan Dewan Negeri Tahan merupakan antara lokasi yang luas dan besar …

Kawasan Pedalaman Tidak Dipinggir Kerajaan Negeri Untuk Nikmati Capaian Internet Read More »

Kerajaan Sasar Peningkatan Liputan Jalur Lebar 96.9 Peratus Penghujung 2022

BERA : Kerajaan menyasarkan peningkatan status liputan jalur lebar mudah alih di kawasan berpenduduk sebanyak 96.9 peratus pada penghujung tahun hadapan berbanding 94.1 peratus buat masa kini. Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), YBrs Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata, pencapaian ini dapat dicapai hasil beberapa projek yang sedang dijalankan di seluruh negara. “Sasaran …

Kerajaan Sasar Peningkatan Liputan Jalur Lebar 96.9 Peratus Penghujung 2022 Read More »

Penyerahan Rumah Rakyat Pahang Diteruskan Di Raub

KUANTAN : Bantuan Rumah Rakyat Pahang (RRP) yang diberikan percuma oleh Kerajaan Pahang dapat membantu lebih ramai golongan kurang berkemampuan mempunyai kediaman sendiri. Yang terbaru adalah penyerahan RRP yang pertama di Daerah Raub bagi tahun 2021 kepada penerima iaitu Puan Nor Afridawaty Ahmad di Kampung Tok Machang, Raub. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal …

Penyerahan Rumah Rakyat Pahang Diteruskan Di Raub Read More »

Mesin ATM Beras Kini Di Hulu Terengganu

HULU TERENGGANU – Masjid Pekan Ajil di sini menjadi lokasi pertama di Terengganu yang memiliki dan menyediakan khidmat mesin ATM beras secara percuma buat golongan yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19, selepas Kuala Lumpur. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Rosol Wahid, berkata, sehingga akhir tahun ini, pihaknya akan menempatkan sebanyak …

Mesin ATM Beras Kini Di Hulu Terengganu Read More »

Setelah Hampir Seabad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu Dibina Baru

KUALA TERENGGANU – Terukir satu sejarah baharu dalam pembangunan infrastruktur Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan upacara pecah tanah pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu setelah lebih kurang 84 tahun urusan pentadbiran dan operasinya dilakukan di bangunan lama. Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, terdahulu kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan perbelanjaan bagi pembinaan IPK Terengganu, dengan …

Setelah Hampir Seabad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu Dibina Baru Read More »

Mufti Terengganu nafi keluarkan kenyataan pertikai vaksin

Kuala Terengganu: Jabatan Mufti Negeri Terengganu tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan penggunaan vaksin Covid-19 seperti yang tular di media sosial. Mufti Terengganu, Profesor Madya Dr Mohamad Sabri Haron berkata, segala tuduhan, tohmahan dan sebarang kenyataan yang tidak benar itu harus dihentikan serta merta dalam apa jua medium penyebaran. Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan …

Mufti Terengganu nafi keluarkan kenyataan pertikai vaksin Read More »

Facebook, WhatsApp, Instagram alami gangguan hampir 6 jam

LONDON: Perkhidmatan media sosial Facebook, WhatsApp dan Instagram kembali pulih selepas mengalami gangguan selama hampir enam, lapor Facebook. Ketiga-tiga perkhidmatan yang dimiliki Facebook itu tidak dapat diakses melalui web atau aplikasi telefon pintar. Downdetector, yang mengesan masalah itu, berkata ia adalah kegagalan sistem terbesar pernah berlaku dengan 10.6 juta laporan masalah dilaporkan di seluruh dunia. …

Facebook, WhatsApp, Instagram alami gangguan hampir 6 jam Read More »

Asyik rasa nak makan makanan ringan? Puncanya mungkin sebab anda tak cukup tidur

TIDUR yang mencukupi adalah amat penting untuk kesihatan tubuh kita. Orang dewasa digalakkan untuk tidur sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam bagi memenuhi keperluan badan yang sihat. Waktu tidur yang tidak cukup sering kali dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan, termasuk kenaikan berat badan dan obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal …

Asyik rasa nak makan makanan ringan? Puncanya mungkin sebab anda tak cukup tidur Read More »

Perokok mempunyai risiko lebih tinggi masuk hospital, mati akibat Covid-19 – Kajian

SEJAK pandemik Covid-19 muncul pada tahun lalu, ramai saintis telah melakukan kajian berkaitan risiko virus tersebut terhadap perokok, memandangkan kedua-duanya dikaitkan dengan masalah saluran pernafasan. Baru-baru ini, satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Thorax menunjukkan perokok mempunyai risiko sehingga 60 hingga 80 peratus lebih tinggi untuk dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 dan juga lebih cenderung mati …

Perokok mempunyai risiko lebih tinggi masuk hospital, mati akibat Covid-19 – Kajian Read More »