Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan seharian. Kehidupan yang penuh tekanan mengundang bahaya. Tapi jika anda ada cara untuk mengawal stress, anda pasti dapat menangani tekanan dengan lebih berkesan.
Sebenarnya ada berbagai cara yang boleh dilakukan dalam mengawal stress. Antaranya bernafas dengan dalam, bercakap dengan seseorang, berehat sambil mendengar muzik dan cuba berfikiran positif
Di Beijing, China pula terdapat sebuah kedai yang membolehkan pengunjung datang untuk memecahkan atau memukul barang-barang yang terdapat di dalam bilik marah bagi melepaskan stress atau rasa marah mereka.
Bilik marah di Beijing ini dicaj pada harga 158 yuan (RM96), boleh digunakan untuk tempoh 30 minit. Pelanggan perlu menyarungkan pakaian perlindungan sebelum mula memukul barang-barang dengan penukul atau kayu besbol berlatar belakangkan muzik pilihan pelanggan itu sendiri.
Antara barang yang terdapat di dalam bilik marah itu.
Tujuan Smash ini dibuka adalah untuk membantu golongan yang hidup tertekan di bandaraya Beijing. Kira-kira 600 pelanggan yang mengunjungi Smash setiap bulan.
Perkhidmatan seperti ini dikatakan terdapat bukan sahaja di Beijing, malah di negara lain termasuklah Amerika Syarikat.