Bukan Hanya Merah Jambu, Gelang Kuarantin Ada Lima Warna – KKM

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan gelang tangan atau tag kuarantin COVID-19 tidak hanya berwarna merah jambu, sebaliknya terdiri daripada lima warna berbeza.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun perbezaan warna gelang itu mempunyai fungsi yang sama iaitu dipakai oleh individu di bawah pengawasan (PUS). Jelas beliau, perbezaan warna gelang tersebut adalah tertakluk kepada stok di kawasan setempat dan penentuan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Gelang kuarantin adalah tanda yang dipakaikan kepada individu di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif, pengembara yang pulang dari luar negara atau individu yang berada di dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) secara pentadbiran. Untuk makluman semua, selain gelang berwarna merah jambu, terdapat juga gelang berwarna putih, biru, merah atau kuning yang digunakan.

Tambahnya lagi, warna gelang lain seperti putih dan biru untuk si pemakai sebenarnya tiada apa-apa perbezaan pun.

Sebenarnya kita mengikut stok warna gelang mengikut Jabatan Kesihatan Daerah masing-masing. Kalau tak ada warna pink, mereka akan dipakaikan warna putih atau biru. Jadi sama saja semua warna gelang

Dalam pada masa sama juga, beliau turut mengingatkan kepada orang ramai supaya jika terdapat ahli keluarga yang perlu memakai gelang pink untuk duduk di rumah bersendirian, mereka perlu membantu ahli keluarga mereka untuk membeli barang keperluan sekaligus mengelakkan mereka ini keluar berkeliaran di luar.