Cara Buat Keropok Guna Bayam Brazil, Bukan Saja Rangup Tapi Sihat Juga!

Facebook
Twitter
Google+

Bayam Brazil atau nama saintifiknya Althernanthera sissoo adalah spesies tanaman sayuran yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Selain dapat dijadikan hidangan yang lazat, Bayam Brazil sangat berkhasiat untuk kesihatan kita. Bayam Brazil dapat melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan juga dapat menguatkan tulang. Bagi mereka yang ingin berdiet, Bayam Brazil dapat menurunkan berat badan.

Jadi, wanita ini turut berkongsikan resepi keropok bayam Brazil yang sangat mudah. Di samping makan keropok yang sedap tu boleh juga dapat khasiat dari bayam Brazil ni kan?

RESEPI KEROPOK BAYAM BRAZIL

1. Bersihkan bayam Brazil sampai betul-betul bersih. Rendam dalam banyak air sebab nak tanggalkan pasir yang banyak melekat bawah-bawah daun. Bilas sampai bersih tau.

2. Gaul dengan telur. Untuk sebesen ni Sha taruh 3 biji telur baru nanti tepung elok melekat.

3. Gaul dengan tepung Kentucky atau tepung goreng ayam ala-ala KFC tu. Yang ni Sha guna tepung Kentucky jenama Nona Hot & Spicy. Gaul tepung sampai rasa elok melekat pada bayam Brazil tu.

4. Sha tak ada sukatan berapa banyak tepung. Ejas sendiri jer sampai rasa puas hati.

5. Gaul sampai macam ni.. Agak kurang boleh tambah tepung lagi. Nak tau hasilnya ok ke tidak try goreng setangkai dua. Kalu ok.. Tak payah tambah tepung. Kalau tak ok tambah laa tepung sampai nampak ok.

6. Goreng sampai garing. Jangan sampai hangit yer.. Nanti pahit pulak.

7. Tada!… Dah siap… Boleh layan depan TV sambil layan movie.

Sumber: Sirap Limau

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008