Arena Manis

Kelayakan Piala Dunia: Uruguay Kejutkan Brazil

GOL daripada Darwin Nunez dan Nicolas de la Cruz memberikan Uruguay kemenangan 2-0 ke atas Brazil dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Centenario pada Rabu. Kekalahan Brazil itu juga dibayangi tonggak utamanya, Neymar yang terpaksa dikeluarkan pada lewat separuh masa pertama selepas mengalami kecederaan lutut serius. Nunez membuka jaringan pada minit ke-42 menerusi …

Kelayakan Piala Dunia: Uruguay Kejutkan Brazil Read More »

Aksi Belgium-Sweden Ditangguh

BRUSSELS: Aksi kelayakan Euro 2024 antara Belgium dengan Sweden ditangguh ketika rehat dan peminat dikekalkan dalam stadium kerana faktor keselamatan selepas dua warga Sweden maut ditembak dalam satu serangan di Brussels awal pagi tadi. Penonton di Stadium King Baudouin di ibu kota Belgium itu diberitahu supaya kekal berada di stadium susulan pengumuman pemain tidak akan …

Aksi Belgium-Sweden Ditangguh Read More »

Ratcliffe Sedia Bayar United RM7.1 Bilion

NEW YORK: Pengerusi Ineos, Jim Ratcliffe sedia membayar lebih AS$1.5 bilion (RM7.1 bilion) bagi 25 peratus pegangan saham dalam Manchester United Plc dengan tawarannya dijangka diterima keluarga Glazer, menurut sumber terdekat semalam. Terma bidaan Ratcliffe, yang dilaporkan di New York buat kali pertama, membuat kesimpulan penilaian ke atas Manchester United hampir AS$6.5 bilion (RM30.8 bilion), …

Ratcliffe Sedia Bayar United RM7.1 Bilion Read More »

Pan Gon Sudah Nampak ‘Taring Sebenar’ Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya perlu memanfaatkan kelebihan dimiliki barisan pemainnya supaya dapat membentuk pasukan yang mantap khususnya dalam misi memberi cabaran dalam Piala Asia yang akan berlangsung di Qatar, awal tahun depan. Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon sudah mengenalpasti elemen yang disifatkan mampu menjadi tunjang kekuatan Malaysia selepas melihat kemampuan beberapa pemain yang …

Pan Gon Sudah Nampak ‘Taring Sebenar’ Harimau Malaya Read More »

KBS Gembira Permohonan Belanjawan 2024 ‘Tertunai’

PUTRAJAYA: Hampir semua permohonan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam Belanjawan 2024 ‘tertunai’ dan ia dilihat sebagai sesuatu yang positif bagi industri sukan tanah air. Menterinya, Hannah Yeoh berkata, pihaknya gembira dengan Belanjawan 2024 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam yang mengumumkan peruntukan membabitkan hampir keseluruhan aspek sukan dari program …

KBS Gembira Permohonan Belanjawan 2024 ‘Tertunai’ Read More »

Tugas Getir Garrido Ubah Wajah B-23

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) yang baharu, Juan Torres Garrido kini berada dalam detik penting untuk membentuk perancangan terbaik buat skuad itu bagi menghadapi kejohanan yang akan datang. Prestasi skuad B-23 negara menjadi pasukan kedua yang ditumpukan oleh seluruh peminat bola sepak tanah air selepas skuad senior Harimau Malaya. Harimau Malaya B-23 …

Tugas Getir Garrido Ubah Wajah B-23 Read More »

Rooney Pengurus Baharu Birmingham City

LONDON: Bekas penyerang Manchester United dan England, Wayne Rooney dilantik sebagai pengurus Birmingham City dengan kontrak selama tiga tahun setengah, kata kelab liga divisyen dua itu. Rooney yang juga bekas jurulatih DC United menggantikan John Eustace yang dipecat pada Isnin dengan skuad Midlands itu berada di tempat keenam dalam carta, 12 mata di belakang pendahulu …

Rooney Pengurus Baharu Birmingham City Read More »

Mohd Sabri Abas Dilantik CEO Baharu Terengganu Football Club

KUALA TERENGGANU: Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) pada Isnin mengumumkan pelantikan Mohd Sabri Abas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat yang baharu. TFCSB dalam kenyataannya berkata pelantikan Mohd Sabri yang juga bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) TFCSB itu diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, …

Mohd Sabri Abas Dilantik CEO Baharu Terengganu Football Club Read More »

Bellingham Lonjak Madrid Benam Osasuna

MADRID: Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti berkata tiada siapa menjangkakan Jude Bellingham terlalu tajam di depan pintu gol selepas pemain tengah itu meledak dua gol untuk membantu Madrid kembali ke puncak La Liga dengan kemenangan 4-0 ke atas Osasuna awal pagi tadi. Kemenangan 1-0 Girona di Cadiz bermakna kelab kerdil Catalan itu mendahului satu mata …

Bellingham Lonjak Madrid Benam Osasuna Read More »

Aaron-Wooi Yik Kandas Di Separuh Akhir

HANGZHOU: Beregu badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih gangsa selepas tewas di separuh akhir kepada gandingan nombor tiga dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Shirag Chetty 21-17, 21-12. “Tidak ada alasan, tetapi kami ditekan hebat oleh gandingan India hari ini. Ia amat teknikal tetapi sebagai pemain kami tahu betapa pentingnya ketika menerima servis. “Gandingan India mempunyai …

Aaron-Wooi Yik Kandas Di Separuh Akhir Read More »