Arena Manis

TFC Pertaruh ‘Barisan Kedua’ Hadapi KL Rovers

KUALA TERENGGANU – Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner akan melakukan rombakan berdepan Kuala Lumpur Rovers FC (KL Rovers) pada aksi kedua pusingan 16 saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam esok. Jelas jurulatih kelahiran Croatia itu, beliau mahu memberikan peluang kepada pemain yang kurang minit perlawanan bagi memastikan …

TFC Pertaruh ‘Barisan Kedua’ Hadapi KL Rovers Read More »

Selangor Belasah Negeri Sembilan Di Paroi

SEREMBAN – Selangor FC menyerlahkan kehebatan mereka apabila membelasah Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-0, pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi. Kemenangan itu membolehkan skuad The Red Giants memperkukuhkan lagi kedudukan mereka dalam carta liga di tempat kedua dengan mengumpul 49 mata. Selangor mendominasi kedua-dua babak perlawanan dengan melakukan serangan …

Selangor Belasah Negeri Sembilan Di Paroi Read More »

Ronaldo Julang Trofi Pertama Bersama Al-Nassr

TA’IF, Arab Saudi – Cristiano Ronaldo meledak dua gol ketika Al-Nassr menewaskan Al-Hilal 2-1 pada aksi final Piala Juara-Juara Kelab Arab semalam. Kemenangan di Stadium Raja Fahd itu memberikan Ronaldo trofi pertamanya bersama Al-Nassr selepas berpindah dari Manchester United. Al-Nassr ketinggalan apabila pemain tengah Brazil, Michael membuka jaringan enam minit selepas rehat. Dia meraikan gol …

Ronaldo Julang Trofi Pertama Bersama Al-Nassr Read More »

Kami Sedia Sahut Cabaran Capai 15 Terbaik Di Asia – Pan Gon

PETALING JAYA – Skuad Harimau Malaya sedia menggalas cabaran untuk muncul sebagai 15 pasukan terbaik Asia suatu hari nanti. Ketua jurulatih Kim Pan Gon, bagaimanapun, berkata misi itu tidak akan tercapai dalam masa singkat, melainkan seluruh pasukan bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu. “Kita berdepan satu situasi sukar …

Kami Sedia Sahut Cabaran Capai 15 Terbaik Di Asia – Pan Gon Read More »

Arsenal Laung Amaran Awal, Julang Perisai Komuniti

LONDON – Arsenal menghantar amaran awal menjelang kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila menewaskan penyandang juara, Manchester City 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi Perisai Komuniti di Stadium Wembley sebentar tadi. Selepas aksi tanpa jaringan sepanjang 70 minit perlawanan, jaringan Cole Palmer seakan mampu menjadi jaringan kemenangan buat City. Pemain itu melakukan …

Arsenal Laung Amaran Awal, Julang Perisai Komuniti Read More »

Hojlund Penuhi Impian Sertai United

LONDON – Manchester United mengikat penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Atalanta dengan yuran perpindahan dilaporkan £64 juta (RM372 juta) hari ini. Hojlund bersetuju memeterai kontrak lima tahun dengan pilihan tambahan semusim lagi ketika pengurus Erik ten Hag akhirnya memenuhi harapannya untuk membawa masuk seorang penyerang menjelang kempen baharu Liga Perdana Inggeris (EPL). United bagaimanapun mungkin …

Hojlund Penuhi Impian Sertai United Read More »

Chelsea Tingkat Bidaan Untuk Caicedo

LONDON – Chelsea akan membuat bidaan keempat untuk pemain tengah Brighton, Moses Caicedo yang dijangka mencecah 90 juta pound (RM521.12 juta). Pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino mahu mendapatkan pemain Ecuador itu, tetapi Brighton meletakkan harga 100 juta pound (RM579.02 juta) dan mahu Caicedo, 21, kekal di Amex. Bagaimanapun kedua-dua kelab itu bersetuju untuk perpindahan penjaga gol …

Chelsea Tingkat Bidaan Untuk Caicedo Read More »

Klopp Tergelak Cerita Mbappe Ke Liverpool

SINGAPURA – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mentertawakan desas-desus Liverpool berunding dengan Paris Saint-Germain (PSG) untuk membawa penyerang Kylian Mbappe secara pinjaman setahun. Kapten Perancis itu berbaki 12 bulan dalam kontrak semasanya di Parc des Princes dan memberitahu juara Ligue 1 itu dia tidak berhasrat untuk menyambung kontraknya di kelab itu. Namun Klopp menafikan laporan Liverpool …

Klopp Tergelak Cerita Mbappe Ke Liverpool Read More »