Arena Manis

Freddy Rincón Maut Nahas

Bogota – Bekas pemain antarabangsa Colombia, Freddy Rincon meninggal dunia pada usia 55 tahun selepas mengalami kecederaan parah dalam kemalangan kelmarin, menurut doktor hari ini. “Di sebalik semua usaha dilakukan petugas perubatan, Freddy Eusebio Rincon Valencia gagal diselamatkan dan meninggal dunia hari ini,” kata Imbanaco Clinic di Cali, tempat di mana bekas bintang Real Madrid …

Freddy Rincón Maut Nahas Read More »

Aura Ten Hag Ceriakan Red Devils

London – Pemain Manchester United termasuk Cristiano Ronaldo tersenyum dan gembira ketika latihan selepas Erik ten Hag dilaporkan bersetuju mengambil alih tugas di Old Trafford. Pengendali Ajax itu dijangka menggantikan Ralf Rangnick pada penghujung musim ini. Walaupun Red Devils berdepan kempen mengecewakan, kesemua pemain tetap bersemangat dan tidak menunjukkan tanda mengalah menjelang aksi Liga Perdana …

Aura Ten Hag Ceriakan Red Devils Read More »

City Singkir Atletico Dalam Aksi ‘Panas’

Madrid – Manchester City bertahan dengan keputusan seri tanpa jaringan untuk menyingkirkanAtletico Madrid dengan agregat 1-0 dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara dalam perlawanan dicemari insiden pertelagahan pemain pada lewat permainan yang berlarutan ke terowong selepas tamat perlawanan. Polis terpaksa mengawal situasi dalam terowong di Wanda Metropolitano dengan rakaman video menunjukkan pertengkaran antaranya termasuk …

City Singkir Atletico Dalam Aksi ‘Panas’ Read More »

Jin Wei Mampu Beri ‘Nilai Tambah’ Skuad Piala Uber

TINDAKAN Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyenaraikan pemain profesional, Goh Jin Wei bagi menghadapi kempen Piala Uber di Bangkok, Thailand bulan depan dianggap satu percaturan bijak. Bekas jaguh negara, Roslin Hashim berkata, penyenaraian bekas juara remaja dunia dua kali itu yang dilihat akan memberi ‘nilai tambah’ kepada skuad negara terutamanya dalam acara perseorangan. “Bagi saya rugilah …

Jin Wei Mampu Beri ‘Nilai Tambah’ Skuad Piala Uber Read More »

Hafizh Tekad Perbaiki Prestasi di Assen

KUALA LUMPUR – Pelumba negara di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), Hafizh Syahrin Abdullah berharap akan ada lebih banyak data diperoleh pasukannya, MIE Racing Honda Team menjelang perlumbaan Pusingan 2 yang dijadual berlangsung di Litar TT Assen, Belanda dari 22 hingga 24 April ini. Ini termasuklah mengenai perbandingan maklumat antara Hafizh, rakan sepasukan dan dua pelumba …

Hafizh Tekad Perbaiki Prestasi di Assen Read More »

Soon Huat-Shevon Lai Mara ke Pusingan Kedua

PASANGAN – beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai menjadi wakil negara yang kedua dalam kategori beregu campuran mara ke pusingan kedua dalam saingan Korea Masters 2022. Pada perlawanan tersebut, Soon Huat-Shevon Lai berjaya menumpaskan pasangan tuan rumah, Wang Chan-Jung Kyung-Eun secara ‘straight set’, 21-12, 21-12 dalam masa kurang 30 minit. Menanti gandingan pilihan …

Soon Huat-Shevon Lai Mara ke Pusingan Kedua Read More »

Beri Azreen Peluang Beraksi di Sukma

Kuala Terengganu – Kerajaan negeri kesal selepas pelari emasnya, Azreen Nabila Alias dinafikan hak beraksi pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Lembah Klang yang dijadualkan bermula 29 September hingga 8 Oktober depan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, beliau tidak akan berdiam diri, sebaliknya akan terus …

Beri Azreen Peluang Beraksi di Sukma Read More »

VAR Tak Selesai Masalah

PENGGUNAAN teknologi video bantuan pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) dilihat masih belum dapat menyelesaikan beberapa isu melibatkan keputusan kontroversi pengadil perlawanan. Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh berkata, ada beberapa insiden yang sangat sukar untuk diputuskan pengadil biarpun telah berulang kali ulang tayang dilakukan. “Terdapat salah faham apabila ramai yang berpendapat …

VAR Tak Selesai Masalah Read More »

Hamilton Gesa Peminat Lawat Malaysia

LONDON – Lewis Hamilton kembali ke London selepas mengunjungi Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur. Juara dunia Formula 1 tujuh kali itu singgah di Kuala Lumpur dari Melbourne selepas menyertai Grand Prix Australia hujung minggu lalu. Walaupun Petronas menaja pasukan Mercedes, Hamilton tidak pernah mengunjungi ibu pejabat syarikat itu dan mengakui menikmati kunjungannya itu. Pelumba …

Hamilton Gesa Peminat Lawat Malaysia Read More »

Tuchel Bengang Pengadil ‘Mesra’ Ancelotti

Madrid – Jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel membidas tindakan pengadil dari Poland, Szymon Marciniak yang berbual ‘mesra’ dengan pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti. Karim Benzema meledak gol kemenangan pada masa tambahan untuk menyingkirkan Chelsea dengan agregat 5-4 dan membawa gergasi Liga Sepanyol itu ke separuh akhir Liga Juara-Juara. Sejurus tiupan wisel terakhir, Tuchel berkata: “Saya kecewa …

Tuchel Bengang Pengadil ‘Mesra’ Ancelotti Read More »