Kelantan

Kelantan sedia laksanakan PKP penuh jika perlu

KOTA BHARU – Meskipun masih berada dalam keadaan terkawal, namun kerajaan negeri bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan Kelantan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sehingga kini jumlah jangkitan Covid-19 di negeri ini masih stabil walaupun wujud kluster-kluster baharu di beberapa daerah. Menurutnya, sebarang keputusan melibatkan pelaksanaan …

Kelantan sedia laksanakan PKP penuh jika perlu Read More »

Lebih 1,000 penduduk Kampung Pauh Lima buat saringan Covid-19

BACHOK – Lebih 1,000 penduduk membanjiri khemah saringan Covid-19 Surau Al-Ahmadiah di Kampung Pauh Lima di sini pada Selasa bagi menjalankan ujian swab susulan pandemik yang menular di kawasan kampung berkenaan sejak 7 Mei lalu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, lokaliti itu membabitkan kampung yang bersempadanan di dua daerah iaitu Bachok dan Kota Bharu …

Lebih 1,000 penduduk Kampung Pauh Lima buat saringan Covid-19 Read More »

Lelongan keris Mohd Amar bermula, sasar kutip RM20,000 untuk Palestin

KOTA BHARU, 17 Mei – Seperti dijanjikan, tiga bilah keris milik Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilelong kepada orang ramai bermula malam tadi, bagi mengumpul dana membantu Palestin. Dalam hantaran Facebook beliau, Mohd Amar turut memuat naik gambar tiga bilah keris tersebut iaitu Keris Melela Lok 5; Keris Bugis Patani Luk 7 dan Keris Bugis. Kesemua keris …

Lelongan keris Mohd Amar bermula, sasar kutip RM20,000 untuk Palestin Read More »

Sultan Kelantan Kurnia RM300 Ribu Solidariti Rakyat Palestin

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan untuk mengurniakan RM300 Ribu kepada rakyat Palestin. Kurniaan tersebut bagi menzahirkan tanda solidariti baginda terhadap rakyat Palestin akibat kezaliman Zionis Israel. Kurniaan tersebut diserahkan melalui Tabung Amanah Kebajikan Darul Naim (Tabung Serambi Mekah). Penyerahan kurniaan disampaikan oleh YM Dato’ Hj Tengku Azmi bin Haji …

Sultan Kelantan Kurnia RM300 Ribu Solidariti Rakyat Palestin Read More »

Jahit pakaian, ternak haiwan guna kaki

Kata-kata sinis yang berbunyi orang kurang upaya (OKU) hanya layak makan duit bantuan bulanan kerajaan membuatkan seorang lelaki, Rahim Yusof, 55, nekad membuktikan golongan tersebut mampu bekerja seperti manusia normal lain. Dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan dan hanya bergantung kepada kaki sejak kecil, Rahim atau mesra dengan panggilan Pok Su Mie dilihat ‘lincah’ melakukan pekerjaannya …

Jahit pakaian, ternak haiwan guna kaki Read More »

COVID-19: Masjid Muhammadi Kota Bharu diarah tutup dua minggu

KOTA BHARU, 16 Mei — Masjid Muhammadi di sini diarah tutup kepada jemaah awam selama dua minggu bermula esok hingga 31 Mei ini selepas didapati berlaku penularan wabak COVID-19 dalam kalangan jemaah masjid itu. Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Zulkifle Ab Rahman berkata arahan itu dibuat atas saranan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) …

COVID-19: Masjid Muhammadi Kota Bharu diarah tutup dua minggu Read More »

50,000 individu lengkap suntikan vaksin, 1,800 tidak hadir janji temu fasa kedua di Kelantan

KOTA BHARU, 16 Mei — Seramai 50,000 individu di Kelantan termasuk petugas barisan hadapan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 bagi fasa pertama dan kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, setakat ini.  Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin bagaimanapun berkata, bagi fasa kedua seramai 1,800 daripada 9,000 penerima vaksin melibatkan golongan warga …

50,000 individu lengkap suntikan vaksin, 1,800 tidak hadir janji temu fasa kedua di Kelantan Read More »

Trend kemasukan pesakit wanita COVID-19 di PKRC Kelantan meningkat

KOTA BHARU, 15 Mei — Trend kemasukan pesakit COVID-19 dalam kalangan wanita di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di negeri ini menunjukkan peningkatan sejak beberapa hari lepas. Pengarah PKRC Kelantan Dr Mohd Azman Yacob berkata kemasukan itu menunjukkan peningkatan mencecah 15 peratus berbanding sebelum ini, sehingga kuota PKRC yang sedia ada tidak mampu menampung …

Trend kemasukan pesakit wanita COVID-19 di PKRC Kelantan meningkat Read More »

Kerajaan Kelantan umum sumbangan RM100,000 kepada Palestin

KOTA BHARU, 13 Mei  — Kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan sumbangan berjumlah RM100,000 melalui Tabung Serambi Mekah sebagai tanda kebersamaan perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada kebejatan Zionis. Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata sumbangan tersebut akan disampaikan secara terus kepada rakyat Palestin yang sangat memerlukan bantuan kewangan pada masa ini. Beliau berkata perlakuan rejim Zionis …

Kerajaan Kelantan umum sumbangan RM100,000 kepada Palestin Read More »

Tidak boleh ‘walk in’ ganti individu gagal hadir terima suntikan vaksin – Dr Zaini

KOTA BHARU, 12 Mei — Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menjelaskan kekecohan yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Guchil, Kuala Krai semalam adalah disebabkan ada individu yang berhimpun bagi mendapatkan giliran suntikan vaksin, bagi menggantikan individu yang tidak hadir. Pengarah JKNK Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata, orang ramai yang hadir itu …

Tidak boleh ‘walk in’ ganti individu gagal hadir terima suntikan vaksin – Dr Zaini Read More »