Kelantan

Covid-19: KKM tidak bertanggungjawab hantar pesakit pulih pulang ke rumah

Kota Bharu: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak bertanggungjawab dalam urusan membawa pulang pesakit Covid-19 yang sudah sembuh dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) ke rumah masing-masing. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, proses membawa balik pesakit ke rumah mereka adalah inisiatif beberapa PKRC di Kelantan hasil kerjasama beberapa …

Covid-19: KKM tidak bertanggungjawab hantar pesakit pulih pulang ke rumah Read More »

Dr Wan Martina dipilih sebagai Senator wakili Kelantan

Kota Bharu: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bersetuju memilih pengamal perubatan Dr Wan Martina Wan Yusoff sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri berkenaan. Pelantikan itu bagi menggantikan Asmak Husin yang tamat tempoh perkhidmatannya. Pencalonan Dr Wan Martina dikemukakan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob selepas Speaker Datuk Abdullah Ya’kub mengumumkan usul Pemilihan Ahli …

Dr Wan Martina dipilih sebagai Senator wakili Kelantan Read More »

JKNK tambah katil di ICU, PKRC

Kota Bharu: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menambah katil termasuk di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) susulan peningkatan kes itu di negeri berkenaan. Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin berkata, pihaknya turut merancang membuka PKRC Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, termasuk menyediakan 50 katil klinikal …

JKNK tambah katil di ICU, PKRC Read More »

PPIK rayu masjid dapat dibuka ikut kapasiti, SOP ketat

Kota Bharu: Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK) merayu agar pihak berkaitan dapat mempertimbangkan kebenaran operasi bagi masjid besar di seluruh daerah negeri ini mengikut kapasiti dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Yang Dipertua PPIK Datuk Seri Mohd Fared Abdul Ghani berkata, jika dibenarkan beroperasi, SOP di masjid itu nanti boleh diperketatkan lagi bagi memastikan keselamatan …

PPIK rayu masjid dapat dibuka ikut kapasiti, SOP ketat Read More »

Kematian akibat Covid-19 di Kelantan meningkat susulan varian Delta

Kota Bharu: Kelantan mencatatkan sehingga lapan kematian sehari akibat Covid-19 dalam tempoh sebulan susulan kemunculan varian Delta dalam komuniti. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, jumlah kematian meningkat berkemungkinan disebabkan aktiviti kunjung mengunjung ketika sambutan Hari Raya Aidiladha lalu. Katanya, sebelum Hari Raya Aidilfitri, kadar kematian yang dicatatkan adalah antara dua …

Kematian akibat Covid-19 di Kelantan meningkat susulan varian Delta Read More »

Kelantan sedia beli vaksin Covid-19

Kota Bharu: Kerajaan Kelantan sedia membeli vaksin Covid-19 bagi menambah bekalan vaksin di negeri ini sekiranya ia tidak mencukupi. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata, dalam keadaan itu, kerajaan negeri sedia membeli apa sahaja jenis vaksin sama ada keluaran Pfizer-BioNTech, Sinovac mahupun CanSino. “Jika kita melihat bekalan vaksin berkurangan …

Kelantan sedia beli vaksin Covid-19 Read More »

Food bank bantu individu memerlukan

Kota Bharu: Rasa prihatin dan mahu meringankan beban golongan memerlukan dalam tempoh pandemik Covid-19, badan bukan kerajaan (NGO) Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan (KKAK) menyediakan bank makanan atau ‘food bank’ sejak awal tahun ini. Pengerusi yang juga Pengasas KKAK, Meor Shamshir Meor Zulkefli Auni, 43, berkata, penerima perlu mengisi borang permohonan bantuan bagi membolehkan ahli jawatankuasanya …

Food bank bantu individu memerlukan Read More »

Tiada peningkatan kenderaan masuk Kelantan

Gua Musang: Tiada peningkatan masuk kenderaan ke Kelantan melalui daerah ini selepas dua minggu kelonggaran diberikan kepada penerima lengkap dua dos vaksin. Ketua Polis Daerah, Superintendan Sik Choon Foo berkata, ada pasangan jarak jauh yang melalui jalan utama masuk ke Kelantan di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis namun ia tidak banyak. Menurutnya, kenderaan yang melalui Sekatan …

Tiada peningkatan kenderaan masuk Kelantan Read More »

Nasib baik peluru musuh tak tembus perut

Kota Bharu: Berselisih ajal apabila peluru musuh terkena kelopak peluru dalam vest dipakai menyebabkan ia tidak melukakan tubuhnya antara situasi getir pernah dihadapi Mejar Jeneral (B) Datuk Tengku Ahmad Noor Tuan Chik ketika berhadapan dengan pengganas komunis. Tengku Ahmad Noor berkata, pengalaman cemas dalam Operasi Kota Foxtrot di Perak pada Mei 1985 itu masih segar …

Nasib baik peluru musuh tak tembus perut Read More »

11 sektor ekonomi di Kelantan dibenar beroperasi

Kota Bharu: Kerajaan negeri Kelantan membenarkan 11 sektor ekonomi untuk kembali beroperasi yang berkuat kuasa serta-merta. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, pembukaan 11 sektor itu diharap dapat melegakan peniaga yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Katanya, Kelantan bersetuju untuk menerima pakai prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) …

11 sektor ekonomi di Kelantan dibenar beroperasi Read More »