Kelantan

Kelantan sumbang RM50,000 bantu mangsa banjir Kedah

Kota Bharu: Kerajaan Kelantan akan menyumbang RM50,000 bagi membantu Kedah dalam pemulihan banjir yang disebabkan fenomena kepala air di Gunung Jerai, semalam. Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, sumbangan daripada Tabung Serambi Mekah itu juga sebagai tanda solidariti dan kebersamaan dua negeri berkenaan. “Semoga usaha pasukan penyelamat dipermudahkan dan semua mangsa berada dalam keadaan selamat. …

Kelantan sumbang RM50,000 bantu mangsa banjir Kedah Read More »

Polis sedia bantu KKM isu penjualan Ivermectin

Kota Bharu: Polis sedia membantu jika pihak Kementerian Kesihatan (KKM) membuat aduan berhubung penjualan secara haram ubat Ivermectin sebagai penawar Covid-19. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, isu penjualan ubat berkenaan berada di bawah KKM mengikut Akta Racun 1952. “Kita akan bantu kalau ada laporan daripada pihak KKM tentang adanya sindiket (penjualan …

Polis sedia bantu KKM isu penjualan Ivermectin Read More »

1,500 jawatan kosong dibuka

Kota Bharu: Sebanyak 1,500 jawatan kosong daripada 10 majikan di Kelantan dibuka untuk mereka yang sedang mencari pekerjaan, sejajar dengan kesukaran membina kerjaya susulan pandemik Covid-19 yang melanda negara. Peluang pekerjaan itu dibuka melalui program Mini Karnival Kerjaya dan Usahawan Wanita Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan secara dalam talian pada 18 dan 19 Ogos ini. …

1,500 jawatan kosong dibuka Read More »

Lagi bot nelayan Vietnam ceroboh perairan negara ditahan

Pasir Puteh: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan dua bot bersama 11 nelayan termasuk tekong warga Vietnam kerana menceroboh dan menangkap ikan secara haram di perairan negeri ini, semalam. Pengarah Maritim Negeri Kelantan Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, bot dan nelayan berkenaan ditahan ketika sedang menangkap ikan pada jarak 94 …

Lagi bot nelayan Vietnam ceroboh perairan negara ditahan Read More »

Sultan Kelantan mahu pemberian vaksin dipercepatkan

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menzahirkan harapan supaya proses pemberian vaksin di negeri ini dipercepatkan bagi membolehkan imuniti kelompok dicapai, sekali gus kehidupan rakyat kembali seperti biasa. Baginda juga menzahirkan perasaan gembira melihat rakyat Kelantan sudah ramai mendaftar untuk menerima vaksin. Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar, berkata dalam masa …

Sultan Kelantan mahu pemberian vaksin dipercepatkan Read More »

Pemilik gelang ‘pink’ tercicir sudah dikesan polis

Tumpat: Penemuan tiga utas gelang merah jambu yang dipotong dan ditinggalkan di tepi jalan berhampiran sebuah masjid di Kampung Bunohan, di sini, menimbulkan kebimbangan kepada penduduk. Penemuan tiga utas gelang merah jambu itu mulai tular di media sosial hari ini dengan harapan individu yang disangkakan melarikan diri dari kuarantin itu tampil menyerah diri selain menyeru …

Pemilik gelang ‘pink’ tercicir sudah dikesan polis Read More »

Perhilitan tangkap gajah masuk kampung

Jeli: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor gajah betina di Kampung Bukit Ipoh, Jeli, kira-kira 5 petang, Isnin lalu. Pengarah Perhilitan Kelantan, Ady Armanty Haniff Mohamed Hanif berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung terdapat lapan gajah merosakkan tanaman serta berkeliaran di Kampung Bukit Ipoh, Kampung Belimbing, Kampung Dendong dan …

Perhilitan tangkap gajah masuk kampung Read More »

Tak sempat mula berniaga

Tanah Merah: Sembilan peniaga menanggung kerugian selepas kedai mereka musnah dalam kebakaran di Pekan Bukit Bunga di sini, kelmarin. Kejadian jam 9.15 pagi itu berlaku ketika peniaga sedang membuat persediaan membuka premis masing-masing. Peniaga, Rohana Che Daud, 60, berkata, ketika kebakaran dia baru sampai dan sedang membuat persediaan membuka perniagaan pakaian serta makanan. Katanya, dia …

Tak sempat mula berniaga Read More »

Nak jual lemang 20 batang sehari pun susah…

Machang: Walaupun pendapatan menjual lemang terjejas teruk berikutan pelanggan berkurangan berikutan pandemik Covid-19, penjualnya tidak berputus asa dan tetap meneruskan perniagaan menjual lemang di Jalan Kota Bharu-Jeli. Wan Mohamad Baitulna Wan Abdullah, 38, berkata sejak dua tahun berdepan dengan penularan Covid-19, jualan lemangnya semakin merosot dan tidak seperti dulu, malah untuk menjual 20 batang lemang …

Nak jual lemang 20 batang sehari pun susah… Read More »

Peniaga di Kelantan tutup pintu, tunggu keputusan kerajaan negeri

Kota Bharu: Keadaan di beberapa pusat beli-belah, di sini kelihatan lengang tanpa kehadiran pengunjung, malah kesemua kedai menjual pakaian masih tutup meskipun kerajaan telah membenarkan sektor perniagaan itu beroperasi mulai kelmarin. Tinjauan Bernama juga mendapati kebanyakan kedai barangan kemas di pusat bandar belum dibuka walaupun perniagaan tersebut turut tersenarai dalam 11 aktiviti ekonomi yang dibenarkan …

Peniaga di Kelantan tutup pintu, tunggu keputusan kerajaan negeri Read More »