Kelantan

Gagal seludup 17,000 Kg minyak masak

Kota Bharu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menggagalkan cubaan menyeludup keluar 17,000 kilogram (kg) minyak masak paket bersubsidi ke negara jiran selepas menahan lori di stor di Kampung Belukar, Pasir Mas, dekat sini, semalam. Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Operasi) KPDNHEP Putrajaya Shamsul Nizam Khalil berkata, rampasan dilakukan pihaknya bersama Pasukan Marin …

Gagal seludup 17,000 Kg minyak masak Read More »

Enggan ambil risiko, peniaga kedai makan di Kelantan tangguh ‘dine in’

Kota Bharu: Segelintir pemilik restoran dan kedai makan di negeri ini tetap tidak membenarkan pelanggan mereka makan di dalam premis kerana bimbang akan penularan semula wabak Covid-19. Tinjauan mendapati, peniaga kedai makan, restoran mahupun kafe masih tidak membenarkan pengunjung untuk makan di dalam premis mereka walaupun kelonggaran diberikan kepada individu yang lengkap vaksinasi, bermula kelmarin. …

Enggan ambil risiko, peniaga kedai makan di Kelantan tangguh ‘dine in’ Read More »

Kelantan rayu lulus tambahan vaksin sebelum musim tengkujuh

Kota Bharu: Kerajaan Kelantan merayu permohonan pihaknya bagi tambahan bekalan vaksin Covid-19 diluluskan segera bagi memastikan rakyat negeri itu divaksinasi sebelum musim tengkujuh. Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya bimbang akan berlaku penularan wabak Covid-19 ketika tengkujuh, sekiranya sasaran 80 peratus penduduk terima vaksin tidak tercapai. Katanya, ketika ini dijangkakan 40 peratus penduduk akan …

Kelantan rayu lulus tambahan vaksin sebelum musim tengkujuh Read More »

Saman jika gagal perbaharui lesen selepas 30 September

Kota Bharu: Tiada lagi kelonggaran, sebaliknya orang ramai yang masih gagal memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu (LLM) sehingga 30 September ini akan dikenakan tindakan tegas termasuk saman. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, penguatkuasaan akan bermula 1 Oktober, dengan tindakan bakal diambil mengikut Seksyen 26 (1) dan 23 …

Saman jika gagal perbaharui lesen selepas 30 September Read More »

PGA9 rampas 110 Kambing Boer

Pasir Mas: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) merampas 110 Kambing Boer seludup bernilai RM165,000 di Kampung Pusu 40, Lubok Jong, di sini, kelmarin. Pegawai Pemerintah Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9), Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, dalam kejadian 11 malam itu, anggota membuat rondaan sebelum memintas sebuah lori yang dalam keadaan mencurigakan. Katanya, sebelum …

PGA9 rampas 110 Kambing Boer Read More »

Pertimbang elaun tambahan bomba urus jenazah Covid-19

Machang: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mempertimbangkan elaun tambahan untuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terbabit dalam menguruskan jenazah pesakit Covid-19. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, JBPM adalah agensi yang banyak membantu rakyat terutamanya dalam menguruskan jenazah pesakit Covid-19. Katanya, kerajaan menghargai pengorbanan dan usaha yang dilakukan …

Pertimbang elaun tambahan bomba urus jenazah Covid-19 Read More »

Pengurusan pemilikan rumah PPR diambil alih SPNB

Machang: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sudah menyiapkan 11 projek Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara sejak Januari hingga Ogos tahun ini. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, 11 projek PPR itu adalah empat di Pahang, tiga di Kelantan dan dua masing-masing di Langkawi dan Johor membabitkan lebih 4,000 unit. …

Pengurusan pemilikan rumah PPR diambil alih SPNB Read More »

PGA9 rampas haiwan eksotik bernilai RM67,600

Rantau Panjang: Penyeludup bertindak melarikan diri serta meninggalkan pelbagai haiwan eksotik bernilai RM67,600 di tebing Sungai Golok berdekatan pangkalan haram Bilah Dollah, di sini, semalam. Kesemua suspek bertindak sedemikian selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa dengan meninggalkan kotak berisi 206 katak, 50 labi-labi, 24 anak ular, tiga ekor burung kakak tua dan seekor iguana. Pegawai Pemerintah …

PGA9 rampas haiwan eksotik bernilai RM67,600 Read More »

Solat jemaah: Polis mulakan siasatan

Kota Bharu: Polis menjalankan siasatan berhubung solat berjemaah di sebuah surau di Kampung Batu 6, Pengkalan Chepa, malam kelmarin. Solat jemaah dipercayai ketika Solat Isyak berkenaan dikatakan membabitkan 16 individu termasuk dua kanak-kanak. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam mengatakan berlaku solat berjemaah di …

Solat jemaah: Polis mulakan siasatan Read More »