Manis Trending

Satu lagi hospital untuk rawat pesakit Covid-19 di Selangor

Bangi: Sebuah lagi hospital di Selangor akan dijadikan hospital merawat pesakit Covid-19 sepenuhnya sebagai strategi mendepani kemasukan pesakit yang tinggi, kata Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman. Buat masa ini, terdapat dua hospital merawat pesakit Covid-19 sepenuhnya di Selangor iaitu Hospital Ampang dan Hospital Sungai Buloh. “Hospital itu akan kita umumkan apabila tiba …

Satu lagi hospital untuk rawat pesakit Covid-19 di Selangor Read More »

Polis siasat lelaki, wanita rentas negeri hadiri majlis syarikat makanan sejuk beku

Kuala Lumpur: Polis menjalankan siasatan mengenai seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai merentas negeri dari Melaka dan Johor Bahru, Johor untuk menghadiri satu majlis di sebuah premis makanan sejuk beku di Bandar Manjalara Kepong, di sini, pada 7 Julai lalu. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya membuat laporan berkaitan satu …

Polis siasat lelaki, wanita rentas negeri hadiri majlis syarikat makanan sejuk beku Read More »

Solat sunat Aidiladha di Perlis dilaksanakan di tanah lapang

Arau: Solat sunat Aidiladha di seluruh Perlis akan dilaksanakan di tanah lapang perkarangan masjid bermula 8 pagi. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kebenaran berkenaan diberikan setelah mendapat limpah perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang meneliti perkembangan semasa penularan pandemik Covid-19 di seluruh negara dan negeri serta kebenaran aktiviti …

Solat sunat Aidiladha di Perlis dilaksanakan di tanah lapang Read More »

BTS pamerkan Koleksi Fall Winter 2021 Louis Vuitton

Semalam bintang K-Pop ternama iaitu BTS telah memperagakan koleksi terbaru Louis Vuitton iaitu busana lelaki Fall Winter 2021. Tujuh ahli kumpulan berkenaan adalah antara model yang memperaga pakaian rekaan Virgil Abloh di Pusat Seni dan Budaya Art Bunker B-39, di Seoul, Korea Selatan. Tujuh ahli kumpulan berkenaan adalah antara model yang memperaga pakaian rekaan Virgil …

BTS pamerkan Koleksi Fall Winter 2021 Louis Vuitton Read More »

Agak mustahil kes picagari kosong – JKNS

Shah Alam: Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, agak mustahil untuk berlakunya penyuntikan tanpa vaksin kepada mana-mana penerima seperti yang ditularkan. Beliau berkata, ia memandangkan pemberian vaksin Covid-19 sentiasa dijalankan mengikut kaedah terbaik yang ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Menurutnya, penambahbaikan sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa pada tahap optimum. …

Agak mustahil kes picagari kosong – JKNS Read More »

Sejuta dos vaksin dihantar ke Sabah sepanjang Julai

Kota Kinabalu: Sabah akan menerima sejuta dos vaksin Covid-19 untuk menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri itu, sepanjang bulan ini. Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir Shahelmey Yahya berkata, jumlah itu akan diterima secara berperingkat untuk disalurkan ke semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri. Katanya, perkara itu dimaklumkan Menteri …

Sejuta dos vaksin dihantar ke Sabah sepanjang Julai Read More »

Bukan semua lari, ada yang kuarantin di rumah

Kota Kinabalu: Polis mengesahkan tidak semua 69 penduduk di Kampung Pondo Pulau Gaya di sini, yang positif Covid-19 melarikan diri ke pusat bandar raya ini. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kebanyakan daripada mereka masih berada di perkampungan berkenaan dan menjalani kuarantin di rumah masing-masing. Katanya, sebahagian besar mereka berada …

Bukan semua lari, ada yang kuarantin di rumah Read More »

Sabah anjur sambutan Hari Malaysia dengan pematuhan ketat SOP

Kota Kinabalu: Sabah sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia tahun ini, pada 16 September depan. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sambutan secara sederhana dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) itu diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). Katanya, perkara itu dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa induk Hari Malaysia …

Sabah anjur sambutan Hari Malaysia dengan pematuhan ketat SOP Read More »

KPWKM terus santuni golongan memerlukan

Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) meneruskan langkah menyantuni komuniti dengan mengagihkan barangan keperluan asas, khususnya bagi kumpulan sasar. Agihan itu dilakukan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jelatek di sini, diselaraskan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, melalui usaha itu JKM juga menjadi …

KPWKM terus santuni golongan memerlukan Read More »

Bunuh diri: Bukan jalan penyelesaian

Apabila kita berbicara mengenai kehidupan yang mencabar hari ini maka kita dapati banyak kes bunuh diri akibat kesempitan wang untuk meneruskan kehidupan. Wabak yang sedang memusnahkan sistem ekonomi sebahagian besar masyarakat ini sudah memberi implikasi serius khususnya kes kematian yang disebabkan tekanan hidup yang dibebani pelbagai tanggungjawab seperti hutang, keperluan harian, pelan perlindungan dan sebagainya. …

Bunuh diri: Bukan jalan penyelesaian Read More »