Manis Trending

4 teras Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4

Kuala Lumpur: Kerajaan melancarkan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara (4IR), hari ini dalam usaha menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dengan pertumbuhan yang inklusif, seimbang, bertanggungjawab dan mampan satu realiti menjelang 2030. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Dasar 4IR Negara dirangka mengandungi empat teras utama untuk masyarakat, perniagaan dan kerajaan. …

4 teras Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4 Read More »

Malaysia antara 10 negara tinggi komitmen dalam keselamatan siber

Kuala Lumpur: Malaysia berjaya meletakkan nama antara 10 negara teratas mempunyai komitmen tinggi dalam bidang keselamatan siber menerusi laporan Global Cybersecurity Index 2020 yang dijalankan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU). Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, hasil kajian membabitkan 194 negara itu, Malaysia memperoleh skor sebanyak 98.06 untuk berada di kedudukan kelima bersama Rusia …

Malaysia antara 10 negara tinggi komitmen dalam keselamatan siber Read More »

Selebriti wanita ditahan positif dadah

Seremban: Seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, semalam. Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan di rumah berkenaan. “Selebriti itu dibawa ke pejabat Narkotik …

Selebriti wanita ditahan positif dadah Read More »

Wanita dihubungi anggota polis buat laporan

Kuala Lumpur: Seorang wanita membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya dihubungi anggota polis melalui aplikasi WhatsApp seperti yang tular di media sosial, hari ini. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya mengesan satu hantaran yang tular di Twitter, hari ini, mengenai seorang wanita yang mendakwa dirinya dihubungi oleh anggota polis melalui …

Wanita dihubungi anggota polis buat laporan Read More »

Perlis benarkan solat jemaah di masjid mulai esok

Kangar: Aktiviti solat berjemaah di masjid seluruh Perlis dibenarkan dilakukan bermula esok namun dengan kapasiti maksimum mengikut saiz sesuatu masjid sahaja. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam titahnya berkata, perkenan berkenaan dilaksanakan setelah mendapat limpah perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berdasarkan situasi semasa penularan Covid-19 di Perlis yang dilihat …

Perlis benarkan solat jemaah di masjid mulai esok Read More »

LHDN lanjut tempoh kemuka borang nyata cukai

Putrajaya: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melanjutkan tarikh akhir mengemukakan Borang Nyata Cukai untuk beberapa kategori pembayaran cukai susulan lanjutan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN). Dalam satu kenyataan LHDN berkata, inisiatif itu diambil bagi memberikan lebih masa untuk menyediakan dokumen serta maklumat percukaian yang perlu diisytiharkan. Katanya, kategori pembayar cukai yang terbabit dalam lanjutan …

LHDN lanjut tempoh kemuka borang nyata cukai Read More »

Pemulih inisiatif menyeluruh, saling melengkapi

Kuala Lumpur: Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam, adalah inisiatif menyeluruh dan saling melengkapi antara satu sama lain. Prof Madya Ts Dr Anuar Shah Bali Mahomed dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, ia mencakupi semua kelompok rakyat daripada miskin tegar kepada …

Pemulih inisiatif menyeluruh, saling melengkapi Read More »

Lebih 5.4 juta sudah terima dos pertama vaksin

Kuala Lumpur: Jumlah pemberian vaksin Covid-19 sehingga semalam adalah sebanyak 7,593,179 dos. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, untuk semalam sahaja sebanyak 197,274 dos suntikan diberikan kepada penerima. Menerusi Twitter milik beliau, jumlah kumulatif penerima yang sudah mendapatkan dos pertama vaksin adalah 5,463,128 orang. Katanya, daripada jumlah itu, seramai 2,130,051 orang juga sudah …

Lebih 5.4 juta sudah terima dos pertama vaksin Read More »

Tarikh melihat anak bulan Zulhijah pada 10 Julai

KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 tempat bagi melihat anak bulan Zulhijah iaitu pada petang Sabtu, 10 Julai ini bersamaan 29 Zulkaedah 1442 Hijrah. Jabatan Penerangan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah 29 tempat yang dilaporkan sebelum ini tidak tepat. Katanya, menerusi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja sudah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari …

Tarikh melihat anak bulan Zulhijah pada 10 Julai Read More »

Ditetak kerana bercakap terlalu kuat

Iskandar Puteri: Seorang pembantu kedai perabot parah selepas ditetak rakannya, berikutan bercakap terlalu kuat ketika sedang berbual menerusi telefon di Taman Nusa Bestari di sini, semalam. Dalam kejadian 5.15 petang itu, mangsa yang berusia 37 tahun parah dengan tiga kesan tetakan parang. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, sepasukan anggota dikejarkan …

Ditetak kerana bercakap terlalu kuat Read More »