Pegawai bank dikompaun tidak imbas MySejahtera
Georgetown: Pegawai bank dikompaun RM1,500 kerana gagal mengimbas kod MySejahtera, malah mendakwa turut tidak mengetahui kewajiban memuat turun aplikasi berkenaan dalam telefon pintar, hari ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesalahan itu dikesan ketika operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tempat kerja di pusat bandar bermula 12 tengah hari tadi. …









