Manis Trending

1,000 janin manusia dalam peti sejuk

Hanoi: Polis menemui lebih 1,000 janin manusia disimpan dalam peti sejuk di sebuah pangsapuri di Ha Dong di sini, selepas menerima maklumat berhubung sekumpulan individu membawa beg hitam di kawasan itu. Akhbar Kinh te & Do Thi melaporkan polis mengawasi kumpulan itu sehingga ke apartmen terbabit. Pasukan keselamatan kemudiannya menyerbu pangsapuri itu dan menemui dua …

1,000 janin manusia dalam peti sejuk Read More »

Padah import ikan tanpa permit

Pasir Gudang: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas kira-kira 640 kilogram (kg) ikan delah dan 80 kg todak yang dibawa masuk ke tanpa permit import di Pelabuhan Pasir Gudang, di sini, kelmarin. Pengarah MAQIS Johor, Hizzuan Hasim, berkata pemeriksaan dijalankan Pegawai Penguasa MAQIS pada sebuah tongkang membawa pelbagai jenis ikan basah pada 3.50 …

Padah import ikan tanpa permit Read More »

Penggunaan katil ICU melebihi 100 peratus, dijangka terus meningkat

Kuala Lumpur: Jumlah kes Covid-19 yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) termasuk pesakit yang sudah disahkan, dalam siasatan dan menunggu keputusan sudah mencecah 1,200 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu yang tertinggi sejak pandemik bermula tahun lalu, malah Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menambah kapasiti katil ICU secara …

Penggunaan katil ICU melebihi 100 peratus, dijangka terus meningkat Read More »

Suntikan vaksin: Kami semua ok! – Pesakit kronik

Jitra: Menghidap pelbagai penyakit kronik seperti masalah buah pinggang dan terpaksa bergantung pada rawatan dialisis sememangnya bukan perkara enteng, apatah lagi jika penghidapnya merupakan warga emas. Justeru, apabila diberitahu oleh petugas kesihatan bahawa mereka perlu mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, pelbagai perasaan muncul, sementelah pelbagai cerita kurang enak ‘singgah’ di telinga masing-masing mengenai kesan setelah menerima …

Suntikan vaksin: Kami semua ok! – Pesakit kronik Read More »

Varian India punca larangan keluar masuk ke Labuan

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri memutuskan untuk menetapkan larangan memasuki Sabah dari Labuan berikutan varian membimbangkan (VOC) India B.1.617.2 dikesan di wilayah persekutuan terbabit. Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata, larangan terbabit berkuatkuasa serta-merta dan ia adalah langkah pencegahan varian terbabit daripada merebak ke negeri ini. …

Varian India punca larangan keluar masuk ke Labuan Read More »

Dua tren LRT terbabit kemalangan dialihkan

Kuala Lumpur: Kedua-dua tren transit aliran ringan (LRT) yang terbabit dalam kemalangan, Isnin lalu, berjaya dibawa keluar, awal pagi tadi. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, proses mengeluarkan kedua-dua tren berkenaan dilakukan lebih awal dari tempoh masa dijanjikan selepas kakitangan bekerja tiga syif tanpa henti. “(Tren) TR40 selamat sampai ke depoh Subang …

Dua tren LRT terbabit kemalangan dialihkan Read More »

Lelaki dicekup bersama 6, 344 batang rokok seludup

Melaka: Tindakan berani seorang lelaki yang dipercayai menjual rokok seludup di tepi jalan membawa padah apabila dia dicekup sepasukan polis di Krubong Jaya, di sini, semalam. Lelaki berusia 22 tahun itu ditahan kira-kira 4 petang oleh sepasukan polis yang melakukan penyamaran ketika menjalankan Op Pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Ketua …

Lelaki dicekup bersama 6, 344 batang rokok seludup Read More »

Fenomena BTS Meal di Malaysia

Semalam 26 Mei 2021 merupakan hari yang bersejarah buat peminat kumpulan kpop BTS di Malaysia kerana diberi ‘penghormatan’ sebagai negara pertama di Asia merasai hidangan eksklusif McDonald’s, iaitu BTS Meal. BTS Meal itu turut melakukan ‘jelajah’ ke hampir 50 negara di seluruh dunia dan ianya dijual di cawangan terpilih di Malaysia serentak dengan Amerika Syarikat, …

Fenomena BTS Meal di Malaysia Read More »

Jepun buka dua pusat vaksinasi besar-besaran

Tokyo: Jepun membuka pusat vaksinasi besar-besaran pertama dalam usaha mempercepatkan program inokulasi Covid-19 menjelang penganjuran Sukan Olimpik Tokyo yang berbaki dua bulan. Dua pusat tentera di Tokyo dan Osaka akan melakukan ribuan suntikan setiap hari dimulakan dengan warga tua bagi memerangi gelombang keempat pandemik itu. Hanya dua peratus daripada 125 juta populasi penduduk divaksinasi setakat …

Jepun buka dua pusat vaksinasi besar-besaran Read More »

Larang laksana haji, umrah

Riyadh: Arab Saudi mengetatkan peraturan ke atas mereka yang skeptikal terhadap vaksin dengan melarang golongan ini melaksanakan haji atau umrah dan perjalanan ke luar negara, menghalang kemasukan ke universiti, pusat beli-belah serta pejabat. Kelompok yang digelar antivaksin ini mengancam untuk menggagalkan usaha global bagi mengekang penularan Covid-19, namun pihak berkuasa negara Teluk termasuk Arab Saudi …

Larang laksana haji, umrah Read More »