Pahang

Sukarelawan Pahang Bantu Mangsa Banjir Di Segamat

KUANTAN: Seramai 200 Sukarelawan Pahang membantu mangsa banjir termasuk membersihkan dan mencuci rumah yang terjejas di Segamat, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, mereka membawa amanah YAB Menteri Besar dan turut menyerahkan 100 kit makanan dan sumbangan kewangan kepada mangsa. “Semua sumbangan …

Sukarelawan Pahang Bantu Mangsa Banjir Di Segamat Read More »

Jalan Sering Dinaiki Air Banjir Perlu Ditinggikan

TEMERLOH : Jalan raya dan lebuh raya yang menjadi penghubung utama antara sesuatu tempat ke tempat yang lain perlu ditinggikan agar tidak ditenggelami air serta menjadi penyebab terputus hubungan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin berkata, masalah ini sering berlaku sehingga menyebabkan …

Jalan Sering Dinaiki Air Banjir Perlu Ditinggikan Read More »

PKOB Dalam Mod Siap Siaga, PPS Ditutup Sepenuhnya

KUANTAN: Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) negeri dan daerah diletakkan dalam mod siap siaga meskipun kesemua 442 pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup sepenuhnya. YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak berkata, langkah itu diambil sekiranya keadaan memerlukan pengaktifan semula. Beliau berkata, sehingga 12 Januari 2022, sejumlah 67,878 orang mangsa telah berpindah ke …

PKOB Dalam Mod Siap Siaga, PPS Ditutup Sepenuhnya Read More »

Banjir Di Pahang Pulih, Semua PPS Ditutup

KUANTAN: Keadaan banjir di Pahang pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini ditutup malam tadi. PPS yang terakhir iaitu Sekolah Kebangsaan Temai di daerah Pekan yang menempatkan 61 orang daripada 12 keluarga menamatkan operasi pada 10 malam. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman …

Banjir Di Pahang Pulih, Semua PPS Ditutup Read More »

Kerjasama Dengan Kerajaan Pusat Pindah Sekolah Banjir Ke Lokasi Baharu

TEMERLOH : Kerajaan Pahang bersetuju memberikan kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan bagi memindahkan sekolah yang sering menghadapi banjir ke lokasi yang lebih tinggi. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, usaha ini perlu bagi memastikan bantuan jangka panjang dapat diberikan kepada 41 sekolah yang terlibat …

Kerjasama Dengan Kerajaan Pusat Pindah Sekolah Banjir Ke Lokasi Baharu Read More »

Rakyat Terus Terima Sumbangan Kerajaan Pahang

PEKAN: Rakyat di Negeri Pahang sememangnya amat bertuah kerana mempunyai sebuah kerajaan yang tidak putus-putus membela nasib mereka dan menghulur pelbagai bantuan. Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff merangkap Ahli Dewan Negeri Bebar sekali turun padang sempena ziarah kasih bagi menyampaikan cek sumbangan …

Rakyat Terus Terima Sumbangan Kerajaan Pahang Read More »

Bantuan Wang Ihsan: Tarikh Akhir Pendaftaran Mangsa Banjir Tidak Berpindah Ke PPS Dilanjutkan

KUANTAN: Kerajaan Pahang telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pendaftaran bagi mangsa banjir yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) ketika bencana itu melanda negeri ini bermula pertengahan Disember tahun lalu bagi membolehkan penyaluran Bantuan Wang Ihsan (BWI) dilaksanakan. YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak berkata, tarikh akhir penerimaan borang mangsa tidak …

Bantuan Wang Ihsan: Tarikh Akhir Pendaftaran Mangsa Banjir Tidak Berpindah Ke PPS Dilanjutkan Read More »

Kerajaan Pahang Usul Beri Pinjaman Fleksibel Kepada Pengusaha Penginapan Terjejas

BENTONG : Kerajaan Pahang akan mengusulkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberi pinjaman yang fleksibel kepada pengusaha chalet dan resort yang terjejas banjir. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, ini kerana kos yang diperlukan untuk membaikpulih semula chalet dan resort adalah tinggi. “Dan kita …

Kerajaan Pahang Usul Beri Pinjaman Fleksibel Kepada Pengusaha Penginapan Terjejas Read More »

Pahang Cari Solusi Holistik Elak Kesan Teruk Banjir Berulang

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang kini sedang memikirkan tentang solusi holistik dan terbaik bagi mengatasi kesan teruk banjir daripada terus berulang. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, banjir merupakan satu fenomena yang tidak dapat dielak namun usaha mengatasi kesannya boleh dilaksanakan dengan perancangan jangka masa …

Pahang Cari Solusi Holistik Elak Kesan Teruk Banjir Berulang Read More »

80 Peratus Mangsa Banjir Terima Bantuan

KUANTAN : Hampir 80 peratus mangsa banjir di negeri ini telah menerima Bantuan Wang Ihsan yang diagihkan sejak awal bulan ini. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang, Encik Zulkhairi Zainol Abidin berkata, seramai 49,394 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir telah didaftarkan bagi menerima bantuan berkenaan setakat ini. “Seramai 39,255 orang daripada keseluruhan KIR …

80 Peratus Mangsa Banjir Terima Bantuan Read More »