Lelaki Ditemukan Lemas Selepas Harung Banjir
KUANTAN: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai mengharungi banjir dengan motosikal di Jalan Pulau Manis, Gambang di sini hari ini. Mangsa, Gunalan MannaKatty, 38, dikatakan cuba meredah air banjir yang berarus deras sebelum dihanyutkan ke kawasan ladang sawit berhampiran. Menurut Pegawai Operasi Pusat Gerakan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Tuan Norhisham Che Mohd Nor, …









