Pahang

Mahkamah tolak permohonan aktivis haiwan

Kuantan: Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini menolak permohonan aktivis haiwan T Puspa Rani untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) berhubung projek tangkapan anjing liar di daerah berkenaan. Pesuruhjaya Kehakiman Roslan Mat Noor membuat keputusan itu pada prosiding yang berlangsung secara dalam talian dan peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili …

Mahkamah tolak permohonan aktivis haiwan Read More »

Pahang dijangka beralih ke Fasa 3 PPN

Kuantan: Pahang dijangka beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam tempoh terdekat. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ketika ini negeri itu sudah memenuhi tiga kriteria yang ditetapkan untuk ke fasa berkenaan. Menurutnya, tiga kriteria yang sudah dipenuhi ialah jumlah jangkitan komuniti dan pesakit yang berada di Unit Rawatan …

Pahang dijangka beralih ke Fasa 3 PPN Read More »

Wakil rakyat perlu amal politik matang, jujur dan ikhlas bantu rakyat – Tengku Hassanal

Kuantan: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menasihatkan wakil rakyat negeri ini supaya mengamalkan politik lebih matang, jujur dan ikhlas untuk membantu rakyat serta memajukan negara. Baginda bertitah, rakyat dan negara tidak wajar dibebani dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan, terutamanya dalam situasi pandemik Covid-19 …

Wakil rakyat perlu amal politik matang, jujur dan ikhlas bantu rakyat – Tengku Hassanal Read More »

JPNP masih tutup semua 26 TER dan HTN di Pahang

Kuantan: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) melanjutkan penutupan sementara 26 Taman Eko Rimba (TER) dan Hutan Taman Negeri (HTN) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara. Turut ditutup bagi aktiviti riadah ialah kawasan pendakian dan perkelahan terdapat dalam hutan simpan kekal. Penolong Pengarah Kanan (Hutan Lipur) JPNP, Regina Mariah Jong berkata, keputusan …

JPNP masih tutup semua 26 TER dan HTN di Pahang Read More »

Bersemangat kibar 4,000 Jalur Gemilang

Jerantut: Peneroka Felda Jengka 24, di sini, tetap bersemangat untuk mengibar 4,000 Jalur Gemilang di seluruh kawasan Felda itu sebagai tanda cintakan negara sempena Hari Kebangsaan ke-64, tahun ini. Selain Jalur Gemilang dipasang di 330 rumah peneroka, ia turut dikibarkan di kedai, rumah guru, klinik, rumah kakitangan Felda dan pintu gerbang masuk ke tanah rancangan. …

Bersemangat kibar 4,000 Jalur Gemilang Read More »

‘Raja Sungai Jelai’ imbas pertempuran dengan komunis

Lipis: Bekas ‘home guard’ atau pengawal kampung, Kamarudin Li pernah menghadapi detik cemas dan nyaris maut dalam satu pertempuran dengan pengganas komunis ketika zaman darurat di Kampung Sepial, Kuala Tembeling, di sini. Mengimbas detik cemas pada awal 1940-an itu, Kamarudin, 82, berkata, ketika pertempuran bersama 10 anggota lain, peluru seperti hujan melintasi di atas kepalanya …

‘Raja Sungai Jelai’ imbas pertempuran dengan komunis Read More »

Turunkan 50 peratus harga durian Tok Litok

Jerantut: Seorang peniaga buah-buahan warga emas, Mariam Wahab terpaksa menurunkan harga durian popular di daerah ini, Tok Litok sebanyak 50 peratus berikutan kekurangan pelanggan. Mariam, 67, yang juga ibu kepada tujuh anak berusia antara 42 hingga 23 tahun berkata, setiap kali musim durian, dia menjual durian Tok Litok yang cukup popular di Jerantut selain durian …

Turunkan 50 peratus harga durian Tok Litok Read More »

Tujuh lokaliti 3 negeri dikenakan PKPD

Tujuh lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 21 Ogos ini hingga 3 September depan. Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti yang dikenakan PKPD ialah Kampung Gambaron 1 dan Ladang Ribu Bonus di Telupid, Sabah. “Kawasan lain yang …

Tujuh lokaliti 3 negeri dikenakan PKPD Read More »

Rakan sekolah bertemu semula selepas 48 tahun

Jerantut: Dua rakan sekolah semasa kanak-kanak hingga awal remaja, amat terkejut dan teruja apabila dapat berjumpa semula secara tidak sengaja selepas 48 tahun berpisah ketika menerima suntikan vaksin dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini. Hamdan Daud, 63, dari Kampung Ulu Cheka dan Maziah Kamaruddin, 63, dari …

Rakan sekolah bertemu semula selepas 48 tahun Read More »