Pahang

Segera bina sistem saliran sawah

KUANTAN – Pesawah skim paya Kampung Merchong, Pekan merayu pihak berkaitan menyegerakan pembinaan sistem saliran di kawasan padi mereka. Ketua Kumpulan Pengguna Air (KPA), Mansor Ali berkata, saliran berkenaan membolehkan pesawah di kawasan terbabit dapat meneruskan tanaman padi setiap tahun tanpa bergantung kepada air hujan sepenuhnya. Menurutnya, sistem pengairan yang tidak sempurna menyebabkan kawasan padi …

Segera bina sistem saliran sawah Read More »

Empat syarikat tidak dibenarkan beli tanah di Pahang

KUANTAN – Kerajaan Pahang tidak akan menjual dan memproses permohonan pembelian tanah baharu kepada empat pemaju perumahan yang dikenalpasti susulan kegagalan memajukan tanah yang dibeli. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu di buat bagi mengelakkan kerugian berterusan yang terpaksa ditanggung kerajaan negeri. “Kita sudah memberikan tanah kepada pemaju tetapi tidak …

Empat syarikat tidak dibenarkan beli tanah di Pahang Read More »

‘Inilah Pahang’ tema baharu pelancongan

KUANTAN – Penjenamaan semula tema Tourism Malaysia Pahang antara usaha progresif kerajaan Pahang merancakkan semula sektor pelancongan yang terjejas akibat Covid-19 sejak tahun lalu. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, usaha menjenamakan semula tema ‘Inilah Pahang’ atau ‘This is Pahang’ bagi menggantikan ‘Pahang Simply Awesome’ yang sudah digunakan sejak tahun 2019. Menurutnya, …

‘Inilah Pahang’ tema baharu pelancongan Read More »

Cadangan Kerajaan Pahang Untuk Takung 80 Peratus Air Lembangan Sungai Negeri

 KUANTAN, 24 MAC 2021 : Kerajaan Pahang bercadang untuk menakung 80 peratus air mentah dari lembangan sungai negeri, di negeri ini, yang mengalir ke Laut China Selatan pada setiap hari. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin berkata, kajian sebelum ini mendapati air mentah …

Cadangan Kerajaan Pahang Untuk Takung 80 Peratus Air Lembangan Sungai Negeri Read More »

Hujan lebat, 3 kampung dilanda banjir kilat

Kuantan: Hujan lebat yang melanda daerah ini sejak semalam, menyebabkan beberapa kawasan di sini dilanda banjir kilat hari ini. Antara kawasan yang dinaiki air adalah di Kampung Gudang Rasau, Kampung Air Hitam dan Kampung Pandan Dua, di sini. Beberapa jalan turut ditenggelami air dan hanya kenderaan pacuan empat roda dan kenderaan berat yang boleh melaluinya …

Hujan lebat, 3 kampung dilanda banjir kilat Read More »

Sungai Tembeling melimpah, 8 kedai dinaiki air

Jerantut: Hujan lebat mulai pagi semalam menyebabkan paras air Sungai Tembeling di Kampung Bantal di sini, naik mendadak mulai malam tadi. Keadaan itu juga menyebabkan lapan kedai di pinggir sungai itu turut dimasuki air. Seorang penduduk, Japrun Ali, 62, berkata, biasanya kawasan itu akan dinaiki air jika hujan beberapa hari selain air sungai dari Hulu …

Sungai Tembeling melimpah, 8 kedai dinaiki air Read More »

Tahniah Sarjan Mejar Maznan

Kuantan: Tindakan pantas Ketua Balai Bukit Tinggi, Sarjan Mejar Maznan Omar menyelamatkan seorang remaja perempuan yang cuba terjun dari jambatan di Bukit Tinggi, Bentong, 16 Mac lalu, mendapat perhatian Gabungan Persatuan Wanita (GPW) Pahang. Sebagai tanda penghargaan, GPW menyampaikan surat penghargaan dan cenderamata kepada Maznan bersama 12 anggota polis Balai Polis Bukit Tinggi, kelmarin. Pengerusi …

Tahniah Sarjan Mejar Maznan Read More »

24 kes penyu agar mati sejak 2019

Kuantan: Bangkai penyu agar dewasa ditemukan dengan kesan luka pada badan terdampar di pesisir di Pantai Balok di sini, kelmarin. Penyu bersaiz kira-kira 0.9 meter panjang itu dipercayai mati selepas tersangkut pada pukat nelayan sebelum lemas. Pemancing Mohd Hanafi Salleh, 39, dia menemukan bangkai penyu berkenaan yang dipercayai mati beberapa hari lalu kerana keadaannya sudah …

24 kes penyu agar mati sejak 2019 Read More »

Didenda RM8,000 ceroboh hutan simpan Ulu Jelai

Raub: Warga Pakistan didenda RM8,000 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana memasuki kawasan Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis tanpa kebenaran, Isnin minggu lalu. Hakim Ahmad Faizadh Yahaya menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Rawan Bakht, mengaku bersalah atas pertuduhan terhadapnya. Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati bersalah memasuki kawasan hutan di Kompartmen 600 Hutan Simpan Ulu …

Didenda RM8,000 ceroboh hutan simpan Ulu Jelai Read More »

Penulisan semula sejarah tanah air amat penting – Al-Sultan Abdullah

Kuantan: Cadangan mewujudkan Pusat Kajian Sejarah Dan Tamadun Pahang Al-Sultan Abdullah amat tepat pada masanya, memandangkan masyarakat mula dilalaikan dengan cara hidup moden yang melekakan. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, sejarah adalah perkara penting sebagai asas untuk membangunkan sesebuah tamadun manusia. Justeru, baginda bertitah, penulisan semula sejarah tanah air amat …

Penulisan semula sejarah tanah air amat penting – Al-Sultan Abdullah Read More »