Covid-19: Peningkatan mendadak di Perak libatkan Kluster Jalan Changkat Jong – Dr Noor Hisham

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PENINGKATAN drastik kes positif Covid-19 di Perak adalah membabitkan Kluster Jalan Changkat Jong di Teluk Intan, demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, kluster berkenaan merekodkan 1,046 kes melibatkan pekerja kilang termasuk kontak rapat keluarga.

“Hari ini sahaja 1,046 kes baru dilaporkan iaitu 1,036 pekerja kilang dan 10 kontak rapat keluarga. Jumlah keseluruhan kes dalam kluster sehingga 21 Februari 2021 adalah 1,242 kes.

“Penutupan kilang sejak hari Selasa lepas. PKPD akan dijalankan ke atas asrama, kilang dan tapak binaan kilang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada petang Ahad.

Perak melaporkan kes harian tertinggi pada Ahad iaitu sebanyak 1,215 kes, diikuti Selangor dengan 868 kes dan Johor 431 kes.

Sumber: mStar