Di sebalik surah Yasin l Kisah Lelaki dari hujung kota

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Gambar sekadar illustrasi. Sumber : Pexels

Surah Yasin merupakan bacaan yang seringkali menjadi amalan bacaan baik di masjid, surau-surau kampung mahupun di sekolah-sekolah apatah lagi apabila tiba musim peperiksaan. Bahkan air yasin turut dijadikan minuman ‘wajib’ apabila tiba musim peperiksaan. 

Di sebalik Surah Yasin yang sering kita baca, ada sebuah kisah menarik yang menyentuh hati. Kisah mengenai seorang pendakwah yang hebat. Beliau hanya orang-orang biasa yang kisahnya diabadikan tanpa diketahui namanya.

Kisah Lelaki dari hujung kota

Surah Yasin menceritakan tentang sebuah kota yang telah diutuskan kisah 3 orang rasul kepada kaum tersebut untuk dakwah. Namun ketiga-tiga rasul itu telah ditolak secara keras oleh kaumnya.

Kemudian, muncul seorang lelaki biasa-biasa yang pekerjaannya hanyalah an-najaar, iaitu tukang kayu. Apabila melihat kaumnya menolak rasul beliau bersegera menuju kaumnya dan mengajak dengan bersungguh-sungguh agar kaumnya mengikuti tiga utusan yang diutuskan.

Menurut para Mufassir, lelaki itulah Habib An-Najjar. Kisah beliau ini diceritakan bermula ayat ke-20 hinga ayat 32 dalam surah yasin. 

Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:”Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk”. – Surah Yasin ayat 20

“Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk”. – – Surah Yasin ayat 21

Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima agama mereka? Maka jawabnya): “Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan? – Surah Yasin ayat 22

Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku. – Surah Yasin ayat 23

Para Ulama dan Mufassir berpendapat bahawa beliau mempunyai penyakit disamping kedudukan beliau yang jauh di hujung kota. Namun semua ini tidak mematahkan beliau untuk pergi ke kaumnya dan menyuruh agar kaumnya mengikut jalan kebenaran ini.  

Ada sesetengah pihak berpandangan bahawa Rasul yang diutuskan merupakan pengikut Nabi Isa Alaihis Salam.

Bagaimanakah pengakhiran Habib An-Najjar?

Tentu ramai yang ingin tahu adakah Dakwah Habib An-Najjar diterima kerana sifat yang ditunjukkannya begitu bersungguh-sungguh?

Jika digabungkan jumlah utusan iaitu 3 orang berserta Habib An-Najjar jumlahnya adalah 4 orang. Ucapan Habib An-Najjar mengulangi semula seruan ketiga-tiga rasul ini dan berjaya menarik hati sebahagian kaum.

Namun sebahagian kaumnya masih sangat degil dan keras hati dan tidak ingi beliau meneruskan dakwahnya. Kaum yang zalim ini akhirnya membunuh Habib An-Najjar sehingga mati. Menurut Ulama, beliau dipijak-pijak sehingga dikatakan ususnya terkeluar dari perutnya.  

Ayat 28-32 merakamkan mengenai balasan yang diterima oleh kaumnya.

Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya. – Surah Yasin ayat 28

(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi. – Surah Yasin ayat 29

Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya. Surah Yasin ayat 30

Tidak ada kisah yang sia-sia yang dirakamkan oleh Allah melainkan untuk kita mengambil pelajaran. Berdasarkan ayat ini, setelah kaumnya membunuh Habib An-Najjar dengan kejam, mereka kemudiannya diazab Allah.

Kisah Habib An-Najjar, seorang laki-laki biasa namun semangat perjuangan agamanya yang begitu luar biasa begitu hebat sehingga Allah mengabadikan kisahnya dalam Al-Quran.  

Refleksi setiap kali membaca surah yasin

Justeru apa yang boleh kita belajar dari kisah Habib An-najjar? Beliau lelaki biasa-biasa Setiap kali kita membacakan surah Yasin, Allah menginginkan kita untuk merenung  kisah lelaki dari hujung kota ini.

Habib An-Najjar adalah seorang lelaki yang pekerjaannya hanyalah tukang kayu. Beliau merupakan orang yang tidak terkenal bahkan tidak ada apa-apa untuk dibangga. Namun apa yang boleh dibanggakan? Sikap beliau yang pantas melakukan tindakan apabila beliau mendengar khabar bahawa seruan para rasul tidak diterima meskipun beliau tahu apalah sangat kudratnya yang boleh dibantu sedangkan 3 orang rasul yang diutuskan pun tidak mampu berdakwah kepada kaum tersebut.

Hari ini jika kita berada di posisi habib an-najjar, dengan apa yang pada diri ada adakah kita adakah kita sanggup untuk berdakwah? Atau lebih baik berdiam diri agar terselamat dari diseksa? Mari kita reningkan dan merefleksi diri bahawa kekurangan bukan alasan untuk tidak melakukan dakwah seperti habib an-najjar.