Diaz Rayu Bapanya Dibebaskan Segera

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

LUTON, England: Pemain antarabangsa Colombia, Luis Diaz merayu kumpulan gerila yang menculik ibu bapanya pada 28 Oktober lalu supaya membebaskan bapanya selepas menjaringkan gol sekembali beraksi bersama Liverpool awal pagi tadi.

Ibu Diaz diselamatkan dalam tempoh beberapa jam selepas diculik minggu lalu, namun pencarian terhadap bapanya Luis Manuel Diaz masih diteruskan.

Selepas menanduk masuk gol penyamaan pada masa kecederaan sekali gus menghalang Liverpool mengalami kekalahan mengejut di Luton apabila seri 1-1 awal pagi tadi, Diaz memperagakan kemeja-t tertulis “pembebasan buat ayah.”

“Saya meminta ELN supaya membebaskan bapa saya dengan segera dan saya meminta organisasi antarabangsa untuk menjadi perantara bagi pembebasannya,” kata Diaz dalam satu hantaran di platform X.

Ibu pemain bola sepak Liverpool Luis Diaz diselamatkan daripada diculik, bapa masih hilang

Bapa Diaz dipercayai dilarikan ke Venezuela

Sabtu lalu, ketua kumpulan gerila Colombia, ELN mengakui pertubuhan itu melakukan “kesilapan” menculik ibu bapa Diaz.

– BERITA HARIAN