Dr Zulkifli Pulih Sepenuhnya Covid-19, Dibenar Keluar Wad Petang Ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif Covid-19, 5 Oktober lalu kini telah pun disahkan pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan dibenarkan keluar dari wad petang ini.

Berita itu disampaikan menerusi akaun Facebook rasmi beliau.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan saya untuk mengutamakan rehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Buat masa ini, saya disarankan untuk tidak bertemu sesiapa. Justeru, sebarang pertemuan adalah melalui sidang video sahaja.

Sumber : Facebook Datuk Dr Zulkifli