Dua Kereta Bertembung, Seorang Maut, Bayi Dan Ibu Terselamat

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

TEMERLOH: Seorang lelaki maut, seorang wanita dan seorang bayi cedera ringan dalam kemalangan di Jalan Mengkarak, Kampung Durian Tawar, dekat sini, pada jam 2.27 petang, hari ini.

Setakat ini, identiti semua mangsa belum diketahui.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata nahas pada jam 2.27 petang itu membabitkan sebuah Perodua Axia yang bertembung dengan Proton Saga.

Katanya, mangsa yang maut ialah pemandu Proton Saga yang tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa di dalam Perodua Axia ialah wanita dewasa dan bayi berusia dua tahun.

“Kedua-dua mangsa cedera dan dihantar ke hospital oleh ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, katanya, sepasukan enam anggota BBP Triang, mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan alat khas penyelamatan.

Sumber: BERITA HARIAN