Guru Dalam Perjalanan Ke Sekolah Maut Langgar Treler

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

JERANTUT – Seorang guru yang dalam perjalanan ke sekolah terbunuh apabila motosikalnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 5 Jalan Jerantut – Maran hari ini.

Kemalangan kira-kira jam 7 pagi yang menyebabkan guru berkenaan, Suhaimi Yaacob, 56, maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan badan.

Suhaimi dalam perjalanan mengajar di Sekolah Kebangsaan Felda Gelanggi Dua.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azman Mat Kassin berkata, sebuah treler dari arah Jerantut ke tempat mengambil buah sawit di Batu 58 apabila sebuah motosikal melanggarnya ketika mahu membelok.

“Pemandu treler telah memberikan isyarat untuk membelok ke kiri jalan. Tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah belakang yang ditunggang oleh mangsa telah hilang kawalan lalu terjatuh dan terseret seterusnya melanggar tayar tengah sebelah kiri lori treler.

“Akibat pelanggaran itu mangsa yang beralamat di Rumah Kilat Peringkat 2, Sungai Jan, Bandar Jerantut mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya hari ini.

– BERITA HARIAN