Hasil Padi di Kampung Tok Ajam Tingkat Hasil Selepas Sertai SMART SBB

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PASIR PUTEH: Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) ala Sekinchan telah berjaya membantu meningkatkan hasil padi Kampung Tok Ajam sebanyak sekali ganda.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), Muhammad Hussin berkata, selepas menyertai SMART SBB, hasil padi meningkat sehingga 6.47 metrik tan sehektar, berbanding tahun lalu musim lalu petani di kawasan berkenaan hanya memperoleh sekitar tiga metrik tan sehektar saja.

Beliau berkata, projek yang  disertai 35 petani dengan keluasan 64 hektar itu dianggap berjaya dengan adanya petani yang mampu mencapai  sehingga lapan metrik tan sehektar.

Katanya, dengan kejayaan itu, Kada berharap 80 hektar lagi kawasan padi di lokasi sama dapat menyertai projek SMART SBB ala Sekinchan musim tanaman baru bermula 1 Jun ini. Petani berpeluang mengikuti kursus, dipantau pegawai Kada secara berkala dan mendapat baja tambahan tanpa dikenakan bayaran.

-HMetro