Ibu Neelofa luah rasa syukur Neelofa tampil muslimah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Banyak berita tentang pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa sebelum ini yang katanya telah mengubah penampilannya ke arah menjadi muslimah yang lebih baik.

Namun pada 14 Oktober, Neelofa telah memuat naik satu foto berniqab di laman Instagram miliknya.

Pun begitu ramai yang menyangkakan bahawa itu hanyalah gambar throwback semasa beliau berada di tanah suci.

Bagaimanapun, pada 15 Oktober Neelofa sekali lagi memuat naik satu gambar penampilan yang sama.

Menguatkan lagi spekulasi ini apabila ibu Neelofa, Noor Kartini memuat naik satu video di laman sosial miliknya memaparkan reaksinya setelah melihat anaknya mengenakan niqab.

Neelofa turut meninggalkan satu nota di laman media sosial beliau yang mana beliau mengucapkan terima kasih kepada yang bertanya tentang penampilannya dan turut memohon doa orang ramai agar dirinya terus istiqomah dengan perubahan tersebut.

InsyaAllah, semoga Neelofa terus istiqomah dengan penampilannya sekarang. Cantik kan ♥

Sumber : Instagram Neelofa & Noor Kartini