JAPEN Kelantan Guna Media Sosial Sebar Luas, Kemas Kini Cuaca Panas

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Penerangan (JaPen) Kelantan menyebar luas dan mengemas kini keadaan cuaca terkini termasuk kemarau menerusi media sosial setiap hari, kata Pengarahnya Mohd Nur Aswadi Md Nor.

Beliau berkata pihaknya membuat kemas kini maklumat cuaca daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), sama ada melalui Facebook serta kumpulan WhatsApp serta pelbagai platform lain.

“Kita yakin dengan peranan platform media sosial seperti Facebook dan kumpulan WhatsApp kerana ia menjadi salah satu kaedah yang lebih efisien, cepat tersebar dan agak meluas pada masa ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di program Lawatan Raya Media di Imedikel TV, Telipot di sini hari ini.

Mohd Nur Aswadi berkata hasil penggunaan media sosial, pihaknya mendapat maklum balas baik daripada netizen kerana mudah faham dan turut berkongsi (share) maklumat menerusi Facebook serta kumpulan WhatsApp masing-masing yang semakin tular.

— BERNAMA