“Kami Bersyukur Dapat Memenuhi Impian Arwah Bapa”- Baharun

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU: Sejumlah RM4.5juta telah diwakafkan oleh Allahyarham Datuk Mohd Rahim Abdullah kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) untuk pembinaan masjid baharu di Kampung Laut pada akhir 2018.

Belum sempat menunaikan solat di masjid binaannya, beliau terlebih dahulu dijemput menghadap Ilahi. Namunpun begitu, niat murninya disempurnakan oleh anaknya, Baharun dari Kampung Bukit Parit sehingga masjid berkenaan siap sepenuhnya dan menempatkan jemaah seramai 1,000 orang.

Menurut Baharun, walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk projek pembinaan masjid bernilai RM6.3 juta terpaksa ditangguhkan pada 2019, dia dan adik beradiknya yang lain bersyukur niat dan impian bapa dapat diteruskan.

Pada awalnya, projek pembinaan masjid di atas tanah wakaf itu gagal disiapkan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Baharun berkata, arwah bapanya yang juga kontraktor meminta masjid yang kos keseluruhan dibiayainya diteruskan sehingga siap.

“Dengan persetujuan kami sekeluarga termasuk ibu, Teh Abdullah, 72, kami bersetuju meneruskan amanat arwah bapa, walaupun peruntukan asal tidak mencukupi sebanyak RM1 juta,” katanya.

Baharun berkata sebelum bapanya meninggal dunia, projek itu sudah siap 80 peratus dan arwah mewasiatkan kos tambahan RM1 juta.

-BHarian