Letupan Gegarkan Ibu Kota Syria

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Damsyik: Satu letupan menggegarkan ibu kota Syria, Damsyik, pada Ahad, menurut saksi tempatan, lapor Xinhua.

Media tempatan berkata letupan itu berpunca daripada bom bunyi berhampiran Jambatan Kebebasan – sebelum ini dikenali sebagai Jambatan Presiden – di pusat bandar. Tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan.

Letupan itu berlaku ketika Syria bersiap untuk acara memperingati ulang tahun pertama kejatuhan kerajaan Presiden c

Langkah keselamatan diperketatkan di Damsyik dan bandar-bandar lain ketika rakyat Syria berkumpul di seluruh negara bagi memperingati 8 Disember 2024, iaitu ketika serangan pantas pejuang Hayat Tahrir al-Sham dan kumpulan sekutu memasuki ibu kota selepas kemaraan dari utara Syria, memaksa Assad melarikan diri ke Rusia.

Sumber: Harian Metro