Malcolm X : Pejuang Hak Asasi Bangsa Kulit Hitam

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

“A man who stands for nothing will fall for anything.”- Berikut merupakan antara kata-kata Malcolm X yang cukup terkenal yang memberi penekanan bahawa jika seseorang tidak mempunyai apa-apa prinsip, bahawa dia akan mudah tergelincir dalam segala hal.

Malcolm X atau nama sebenarnya Malcolm Little, merupakan seorang tokoh penting dalam sejarah hak asasi manusia di Amerika Syarikat. Beliau dilahirkan pada 19 Mei 1925 di Omaha, Nebraska dan merupakan seorang pemimpin gerakan hak asasi kulit hitam yang paling berpengaruh dalam sejarah Amerika Syarikat. Ibu beliau Louise Norton Little merupakan seorang suri rumah manakala bapanya Earl Little merupakan seorang paderi pembaptis yang memperjuangkan bangsa kulit hitam.

Hidup Malcolm X menjadi huru-hara selepas kematian bapanya, ibunya pula mengalami masalah depresi sehingga menyebabkan beliau dan adik beradiknya dihantar ke rumah ibu bapa angkat. Usia remajanya terabai sehingga beliau terjebak dengan aktiviti jenayah seperti menjual dadah dan kemuncakanya adalah beliau ditangkap akibat satu jenayah rompakan pada usia 20 tahun dengan hukuman 10 tahun penjara.

Malcolm X memeluk Islam

Berada di penjara memberi satu titik perubahan bagi hidup Malcolm X. Semasa di penjara beliau mula mengetahui serba sedikit mengenai organisasi Nation Of Islam yang menarik perhatiannya dan diberitahu bahawa adik beradiknya ada yang

Setelah keluar dari penjara, beliau mula memeluk agama Islam pada tahun 1948 dan berkhidmat secara total dalam Organisasi Nation Of Islam. Notion Of Islam merupakan Gerakan yang memperjuangkan nasib bangsa kulit hitam dan ingin membina negara bangsa kulit hitam sendiri yang diketuai oleh Elijah Muhammad.

Penyertaan beliau dalam Nation Of Islam (NOI)

Sepanjang berada dalam kepimpinan ini, aura kepimpinan Malcolm X terserlah beliau juga merupakan orang penting Elijah, dan boleh dikatakan sebagai orang kedua penting dalam organisasi NOI. Aura oratornya begitu terselah sehingga beliau berjaya mempengaruhi ahli Gerakan organisasi dari 500 orang sehingga ke 30 000 orang. Beliau juga turut menerbitkan akhbar ‘Muhammad Speaks’ bagi menyebarkan dakyah organisasi ini.  Antara insan yang terinspirasi oleh kehebatan aorator Malcolm X ialah assius Clay atau lebih dikenali sebagai Muhammad Ali.

Pada zaman ini, orang kulit hitam di Amerika Syarikat menghadapi diskriminasi yang cukup hebat dari segenap aspek termasuklah dalam bidang pendidikan, tempat tinggal, dan pekerjaan. Orang kulit gelap sering dipukul, diseksa dan dilakukan penganiayaan dengan sangat kejam bahkan dibunuh sehingga menyebabkan perasaan untuk memperjuangka bangsa kulit hitam sangat berkobar-kobar dalam diri Malcolm.

Semasa berada di dalam organisasi NOI ini, Malcolm X memperjuangkan hak-hak orang kulit hitam dengan cara yang lebih radikal. Beliau percaya bahawa orang kulit hitam harus mengambil tindakan yang lebih aktif dan agresif untuk memperjuangkan hak mereka. Malcolm X terkenal dengan kelantangannya memperjuangkan hak asasi dan kebabasan bangsa kulit hitam.

Sepanjang menyertai NOI, Malcolm X merupakan orang yang sangat patuh dan hormat kepada Elijah Muhammad. Namun begitu, terdapat beberapa konflik yang berlaku antara beliau dan Elijah yang menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk keluar dari Organisasi NOI.

Malcolm X keluar dari Organisasi Notion Of Islam

Setelah keluar dari organisasi NOI, pada tahun 1964 Malcolm memilih untuk menunaikan haji di Makkah. Sewaktu mengerjakan haji, beliau telah mendalami Islam sehingga ia mengubah pandangan dan pendekatan Malcolm secara total mengenai agama Islam yang lebih benar dan tepat.

Hikmah perjalanan haji telah menjadikan Beliau juga menukarkan namanya dari Malcolm X kepada El-Hajj Malik El-Shabazz sebagai simbolik memutuskan dirinya dari organisasi Nation Of Islam dan simbolik dirinya merupakan seorang Muslim Sunni. Beliau turut berkongi mengenai pengalamannya menunaikan haji melalui risalah yang ditulisnya iaitu Letters from Mecca.

Beliau bercerita bahawa terdapat ribuan orang yang mengerjakan haji dari seluruh dunia yang datang dari pelbagai warna, bangsa namun semua mengerjakan ibadah yang sama. Beliau merasa kagum tatkala menunaikan haji apabila beliau sebagai orang kulit gelap tidur sebantal, minum segelas, makan setalam dengan Jemaah haji lain tanpa merasakan diskriminasi terhadap warna kulit. Bahkan semua Jemaah haji menunaikan ibadah yang sama dengan rasa persaudaraan yang cukup teguh. Beliau turut rasa dihormati dan dihargai sepanjang berada di Tanah Suci.

Setiap hari berada di Tanah Suci Mekah membuatkan beliau sentiasa merefleksi situasi pergeseran antara orang kulit gelap dan kulit putih dan melihat bahawa Islam adalah solusi bagi meredakan isu pergeseran kaum.

Sekembalinya di Amerika, beliau telah menubuhkan organisasi sendiri iaitu Organisasi Afro-American Unity yang memberi penekanan terhadap penyatuan terhadap semua manusia b rasisme dan ketidakadilan yang berlaku beliau telah yang mana pidatonya kali ini menunjukkan perbezaan perpekstifnya yang baru dalam ucapan beliau yang tidak lagi radikal. Bahkan beliau memberi penekanan peri pentingnya penyatuan manusia tanpa mengira warna kulit dan bangsa berbanding pandangannya sebelum ini yang memandang secara rasisme terhadap semua orang kulit putih.

Kematian Malcolm X

Malcolm X meninggal dunia pada 21 Februari 1965, apabila beliau ditembak mati di hadapan umum DI Dewan Hotel Audobon, Harlem, New York City semasa menyampaikan pidato oleh para pengikut Organisasi Nation Of Islam.

Walau bagaimanapun, perjuangannya terus hidup dalam kalangan bangsa kulit hitam Amerika Syarikat dan juga di seluruh dunia.