MBKT Berhasrat Wujudkan Clean-up community di setiap Pantai Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA NERUS – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berhasrat bagi mewujudkan clean-up community bagi setiap pantai di Terengganu.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Tuan Haji Rosli Latif berkata, setakat ini Pantai Batu Burok dan Pantai Teluk Ketapang telah mendapat sambutan penyertaan dalam mewujudkan komuniti ini.

“Kita dah edar borang-borang tu dengan kerjasama Pejabat Daerah untuk dapatkan penyertaan daripada komuniti yang berminat untuk melaksanakan program-program tersebut”.

Tambahnya lagi komuniti tersebut diwujudkan bagi menggalakkan melakukan kebersihan dan mengadakan program gotong royong.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Manis FM pada Program Gotong Royong Bersih Pantai Batu Rakit pada Sabtu.

Program Gotong Royong Bersih Pantai Batu Rakit telah mendapat penyertaan hampir 600 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), INSTEP dan pelbagai lagi.

Program ini melibatkan aktiviti gotong royong bagi membersihkan pantai sepanjang pesisir pantai melibatkan Mengabang Panjang sehingga ke Pengkalan Maras yang dianggarkan sepanjang 7 kilometer.

– UNIT BERITA MANIS FM