Menangi Hadiah Bernilai RM20,000 Dengan Gadgetzilla Giveaway!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Mungkin ada di antara anda yang sedang sibuk membuat persiapan untuk kemasukan ke semester baharu bagi yang berada di peringkat pengajian tinggi. Sudah pasti banyak belanja yang perlu dikeluarkan untuk membeli barang keperluan untuk kegunaan pembelajaran nanti. Mungkin ada juga yang berada di pertengahan semester dan sedang sibuk mengejar deadline tugasan yang diberikan yang tidak mudah dilaksanakan tanpa keperluan internet dan gajet tertentu. Kalau ada komputer riba baharu yang serba canggih, pasti lebih mudah untuk menyiapkan tugasan tepat pada masanya bukan? Lebih baik lagi kalau tak perlu mengeluarkan belanja untuk tujuan ini.

Berita baik untuk anda! redONE, pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO) terbesar di ASEAN sedang menjalankan promosi ‘Gadgetzilla Giveaway’ yang berlangsung sehingga 31 Disember 2023. Ini peluang anda untuk menang hadiah bulanan, sebuah Macbook Air baharu atau banyak lagi hadiah mingguan hebat seperti Xiaomi Buds, Mi Watch dan Samsung Galaxy Tab! Mudah sahaja cara nak sertai peraduan ini. Anda hanya perlu langgan pelan tanpa had redONE Postpaid UX40 atau Pakej Postpaid Belia Amazing38 sebelum 1 Januari 2024.

Pelan redONE Postpaid UX40 yang disertakan dengan Internet dan panggilan tanpa had hanya pada RM40 sebulan ini direka khas untuk para pelajar.  Dengan internet tanpa had, lebih mudah untuk pelajar jalankan kajian atau mengikuti pembelajaran secara atas talian selain membantu mereka mengurangkan kos untuk membeli bahan bacaan yang boleh didapati melalui versi e-buku.

Jika anda memerlukan pelan yang lebih berbaloi dengan data berkelajuan tinggi yang membolehkan anda berkongsi data dengan teman sekuliah untuk atur perbincangan secara online bagi menyiapkan tugasan berkumpulan, anda disyorkan untuk langgan Pakej Postpaid Belia Amazing38 dengan data 65 GB pada harga promosi iaitu RM33 sebulan. Tawaran ini eksklusif untuk belia berumur antara 18 hingga 24 tahun dan sah untuk pendaftaran sendiri secara online sahaja. Dengan data berkelajuan tinggi yang 100% boleh dihotspot, anda boleh berhubung menggunakan lebih dari satu alat peranti. Tak perlu lagi risau nak dapatkan capaian internet atau wifi yang mungkin tidak stabil di sesetengah lokasi.

Lebih menarik lagi, redONE kini mengadakan promosi di mana setiap langganan ke pelan redONE Postpaid akan mendapat baucar beli belah bernilai RM100 secara percuma! Banyak betul ganjaran dengan redONE Postpaid! Jadi, jangan tunggu lagi. Bertukar ke redONE Postpaid sekarang!

Untuk daftar atau dapatkan info lanjut tentang promosi ‘Gadgetzilla Giveaway’, sila layari

https://bit.ly/gadgetzillagiveaway .