Menara Kuantan 188 Dibuka Pertengahan Bulan Ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : Penantian orang ramai yang ingin melihat keindahan pemandangan Bandar Kuantan dan sekitar bakal berakhir apabila Menara Kuantan 188 dibuka pada pertengahan bulan ini.

Pihak Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) Pahang telah menandatangani perjanjian sewaan Menara Kuantan 188 bersama dengan pihak syarikat Hospitality 360 Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat operator baharu bagi menara tersebut.

Simbolik penyerahan kunci pula telah dilakukan oleh Setiausaha Bahagian Pelaburan dan Penswastaan Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) Pahang, Puan Haslina Bahasan kepada Pengarah Pembangunan Perniagaan Hospitality 360 Sdn. Bhd, YH. Dato’ Zulkifli Mohamad.

Hadir sama, wakil Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Puan Norma Ashikin Abdul Rahman.

Dalam pada itu, YH Dato’ Zulkifli yang ditemui berkata, Menara Kuantan 188 merupakan sebuah menara yang yang cukup unik bukan sahaja sebagai menara kedua tertinggi di Malaysia tetapi kedudukannya yang terletak di tepi sungai.

“Jika kita naik ke Menara tinjau di atas, kita boleh lihat (pemandangan) laut, (hutan) bakau, sungai, bandar, masjid besar padang dan sebagainya.

“Menara ini adalah konkrit tapi perlu diisi dengan jiwa di mana kami berhajat untuk masukkan jiwa Pahang termasuk sebagai satu hub pelancongan, makanan, pakaian, kraftangan, budaya dan sebagainya.

“Jadi pengisiannya yang kita lakukan sudah semestinya mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kita jangka pada 15 Disember ini kita akan mula beroperasi dan menerima pengunjung ke Menara Kuantan 188.

“Kita melihat perancangan yang lebih menyeluruh pada suku tahun pertama dan kedua (2022) sekurang-kurangnya kita harap pada 15 Disember ini dapat kongsi keistimewaan yang ada di menara ini dengan orang ramai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menganjurkan acara agar tampil untuk berbincang bagi melihat apakah nilai tambah yang dapat disediakan kepada pelancong domestik dan dari luar.

“Buat masa ini dalam tempoh dua minggu baru terima kunci (urus menara) ini, saya dan pasukan memerlukan masa untuk bersedia dalam menyediakan lebih banyak program dan aktiviti di sini.

“Buat masa ini kita hanya menyediakan pemandangan sahaja dan kita harap kita boleh bagi penceritaan bila melihat pemandangan selain pada masa sama sedang siapkaan lantai kedua iaitu lantai bagi food and beverages,” katanya.

Sumber: PAHANGMEDIA