Muzium Negeri Terengganu Promosi Keunikan Makanan Warisan Negeri Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Muzium Negeri Terengganu mengangkat nilai keunikan makanan warisan Negeri Terengganu melalui penganjuran Karnival Masakan Rentas Negeri & Memasak Bersama Selebriti yang berlangsung selama tiga hari.

Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Maliaman Kassim berkata, penganjuran program sebegini mampu mengangkat keunikan masakan negeri Terengganu selain menggalakkan perkongsian keuinikan daripada peserta negeri lain.

“Terima kasih dan tahniah kepada pihak Muzium Negeri Terengganu yang menjadi jabatan yang menghubungkan di antara negeri-negeri untuk datang ke sini mengetengahkan masakan tradisional ataupun popular di negeri masing-masing supaya wujud perhubungan di antara negeri kerana makanan”.

“Terima kasih juga penglibatan daripada negeri-negeri, mudah-mudahan selepas ini kita pergi ke muzium negeri-negeri lain pula, kita bawa pakar-pakar makanan kita, kita perkenalkan keunikan makanan kita dan juga menggalakkan mereka dari sudut pendapatan keluarga dan sebagainya”, beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Karnival Masakan Rentas Negeri 2023 pada Ahad.

Program Karnival Masakan Rentas Negeri 2023 mendapat penyertaan daripada tujuh Jabatan Muzium yang mewakili tuju buah negeri iaitu daripada negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Che Muhamad Azmi Ngah dan Pengerusi Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu, Tuan Haji Mohd Yusof Abdullah.

– UNIT BERITA MANIS FM