Pelan redONE Postpaid UX50: Pilihan Anda untuk Internet Tanpa Henti!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Jika anda ingin menukar pelan pascabayar dan sedang mencari pelan internet tanpa had dan panggilan termurah namun masih mengekalkan ciri-ciri penting, maka redONE Postpaid UX50 ialah pilihan yang terbaik untuk keperluan internet harian anda.

redONE, Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar di rantau ASEAN telah memperkenalkan pelan Postpaid UX50 untuk pengguna yang ingin kekal berhubung tidak kira di mana jua mereka berada.

Anda boleh strim rancangan TV kegemaran anda atau tonton perlawanan sukan secara langsung  dan kongsi detik ini dengan rakan dan keluarga tersayang. Selami dunia permainan video sukan dalam talian atau e-sports bersama pemain-pemain dari seluruh pelusuk dunia dalam masa nyata atau sertai mesyuarat dengan rakan sekerja atau pelanggan anda, di mana-mana sahaja. Golongan pelajar juga boleh mendapat manfaat daripada internet berkelajuan tinggi yang didatangkan bersama pelan yang membolehkan mereka melakukan penyelidikan untuk pembelajaran serta menghadiri kelas secara maya. Semua ini tanpa perlu risau tentang had data!

Dengan pelan tanpa had redONE Postpaid UX50 yang dikuasakan oleh liputan rangkaian terluas ini, anda tidak perlu lagi risau untuk kekal berhubung dengan panggilan tanpa had yang lancar di mana jua anda berada.

Lebih menarik lagi, pelan mesra bajet ini terbuka kepada semua pelanggan termasuk mereka yang telah disenarai hitam. Selain itu, jika anda ingin port-masuk dari penyedia perkhidmatan telekomunikasi lain, anda akan mendapat pengecualian bayaran pendahuluan RM50. Memang betul-betul menjimatkan!

Jadi, apa tunggu lagi? Bertukar ke pelan redONE Postpaid UX50 sekarang untuk alami kelainan dalam dunia pengunaan internet anda!

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelan ini, layari http://bit.ly/redONEUnlimitedInternet

Anda juga boleh berkunjung ke mana-mana Kedai Premier redONE yang terletak di seluruh negara untuk mendapatkan maklumat tentang pelan redONE Mobile dan tawaran menarik yang lain!